‘Just dissolve Bersatu and re-join Umno’

AN UMNO veteran member has urged Bersatu to be dissolved and all its members ‘come back to Umno’.

Its secretary Mustapha Yaakub said Bersatu should call for a special assembly for that matter and all of them can re-join Umno en bloc.

“They can call for a special assembly and make a decision to dissolve the party. Tengku Razaleigh Hamzah has done it when he did the same thing to Semangat 46 (in 1993).

“All Bersatu members can join Umno,” he said on Saturday.

He said there no need for Bersatu to cooperate with Umno, instead ‘join us’.

Bersatu deputy president Hamzah Zainuddin had previously voiced his intention to cooperate with Umno.

‘Bubar sahaja Bersatu, sertai UMNO semula’

VETERAN UMNO Malaysia menyarankan agar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak bekerjasama dengan UMNO, sebaliknya kembali bersama dalam UMNO.

Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, Bersatu sepatutnya mengadakan perhimpunan agung khas bagi membubarkan parti itu dan menyertai semula UMNO secara ‘en bloc’.

“Apa yang perlu pucuk pimpinan Bersatu lakukan ialah memanggil perhimpunan agung khas dan membuat keputusan membubarkan Bersatu seperti yang pernah dilakukan oleh Tengku Razaleigh Hamzah semasa pembubaran Semangat 46.

“Semua ahli Bersatu kembali semula kepada UMNO secara ‘en bloc’. Itulah cara yang terbaik kalau Bersatu mahu memperjuangkan agama, bangsa dan negara.

“Bukan bekerjasama dengan UMNO tetapi bersama dalam UMNO,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Sebelum ini, Bersatu terbuka untuk bekerjasama dengan UMNO, kata Timbalan Presidennya, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Katanya, Bersatu dan UMNO berkongsi asas ideologi yang sama dan disebabkan itu, parti terbabit bersedia untuk menjalin kerjasama bagi mencapai misi yang sama.

Dalam pada itu, Mustapha berkata, kenyataan Hamzah yang berulang kali menyatakan kesediaan Bersatu untuk bekerjasama dengan UMNO mungkin dilihat secara positif dan berniat baik.