UMNO 79th anniversary: Let us rise together

UMNO president Ahmad Zahid Hamidi urged all party members, especially the youth, to continue nurturing the fighting spirit and rise together with Umno, which will celebrate its 79th anniversary on Sunday (May 11).

Ahmad Zahid, who is also the Deputy Prime Minister, said that party members should renew their determination and commitment to uphold the legacy, heritage and be prepared to lead Malaysia towards a more progressive and just future.

“Umno has gone through almost eight decades of struggles. God willing, with our unity and courage, we will continue to take Umno into its second century as a party that builds, not destroys!” he said in a post on Facebook Saturday (May 10).

Ahmad Zahid said Umno is a platform for the people’s struggles that was born from the spirit of nationalism, sincerity, and the bravery of the natives who rejected colonialism to demand independence.

In fact, since 1946, Umno has been the main pillar in the formation of the Malaysian nation.

“Although tested by various challenges such as division, perception, political slander, and waves of change – Umno has never shied away from its responsibilities.

“Even today, Umno continues to be the pillar of stability in the unity government, advocating for an inclusive and prosperous development agenda for all Malaysians,” he said.

He stated that 79 years is not a short duration but symbolises the maturity and strength of the roots of the struggle, having produced generations of leaders, developed institutions, upheld social justice, and provided hope to the people in both urban and rural areas.

Ahmad Zahid also expressed appreciation and extended Happy 79th Anniversary wishes to Umno and party members at every level who remain loyal in defending the dignity of religion, race, and homeland.

 

UMNO 79 tahun: Suburkan semangat juang

PRESIDEN UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta semua ahli terutama generasi muda untuk terus menyuburkan semangat juang dan bangkit bersama parti itu yang bakal menyambut ulang tahunnya yang ke-79 hari ini.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata ahli parti haruslah memperbaharui tekad dan iltizam serta mempertahankan legasi dan warisan selain bersiap-siaga untuk memimpin Malaysia ke arah masa depan yang lebih progresif dan adil.
“UMNO telah melalui hampir lapan dekad perjuangan. Insya-Allah, dengan kesatuan dan keberanian kita akan terus membawa UMNO ke abad yang kedua sebagai parti yang membina, bukan membinasakan!” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.
Ahmad Zahid berkata UMNO adalah wadah perjuangan rakyat yang lahir daripada semangat kebangsaan, keikhlasan dan keberanian anak watan yang menolak penjajahan bagi menuntut kemerdekaan.
Malah sejak 1946, beliau berkata UMNO telah menjadi tiang seri kepada pembentukan negara bangsa Malaysia.
“Walaupun diuji dengan pelbagai cabaran seperti perpecahan, persepsi, politik fitnah dan gelombang perubahan, UMNO tidak pernah lari daripada tanggungjawabnya.
“Bahkan hari ini, UMNO kembali menjadi tunjang kestabilan dalam Kerajaan Perpaduan, memperjuangkan agenda pembangunan yang inklusif dan sejahtera untuk seluruh rakyat Malaysia,” katanya.
Ahmad Zahid berkata 79 tahun bukanlah usia yang kecil dan ia merupakan lambang kematangan dan kekuatan akar perjuangan selain telah melahirkan generasi pemimpin, membangunkan institusi, menegakkan keadilan sosial dan memberi harapan kepada rakyat di kota mahupun di desa.
Beliau turut menzahirkan penghargaan dan ucapan Selamat Hari Ulang Tahun ke-79 UMNO kepada seluruh ahli parti di setiap peringkat yang sentiasa setia berjuang mempertahankan maruah agama, bangsa dan tanah air.