UMNO menghormati autonomi yang diberikan kepada UMNO Sabah dan kekal menyerahkan kuasa itu kepada kepemimpinan negeri bagi membuat keputusan berhubung soal parti, termasuk berkaitan Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata perkara itu sudah diketahui dengan jelas oleh pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) di peringkat Pusat dan negeri, termasuk Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Bercakap di Kota Kinabalu Ahad lalu, beliau menafikan dakwaan mengatakan keputusan yang dilaksanakan di negeri ini dibuat di peringkat Pusat, sebaliknya menekankan kedua-dua peringkat saling berunding antara satu sama lain.
“Kita saling berunding antara satu sama lain dan saya percaya di bawah kepemimpinan Bung Moktar. Beliau bukan saja berbincang dalam kalangan pemimpin parti di Sabah, tapi juga berbincang dengan kita di Putrajaya.