Jangan guna kedudukan buat kerja haram

ANGGOTA dan pegawai pasukan pertahanan serta keselamatan tidak seharusnya menyalahgunakan kedudukan mereka untuk melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid berkata, beliau bersetuju dengan kenyataan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jen Tan Sri Mohd Nizam Jaffar yang tidak akan berkompromi dalam isu penyalahgunaan kuasa.

“Saya bersetuju dengan kenyataan beliau yang tidak akan berkompromi mengambil tindakan terhadap persekongkolan antara pegawai-pegawai ATM, bukan sahaja dalam soal menjadi pemberi maklumat, tetapi terlibat secara langsung,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah ditemui pemberita selepas merasmikan Program Santunan Desa Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Perak Bersama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Komuniti KEMAS di Dewan Besar Bandar Baru Felcra Seberang Perak, semalam.

Timbalan Perdana Menteri berkata, penyalahgunaan kuasa perlu dihentikan kerana ia melibatkan imej pasukan keselamatan serta pertahanan negara yang mesti dipertahankan.

Rabu lepas, 10 individu termasuk pegawai kanan tentera berusia antara 30 hingga 55 tahun, serta seorang warga Indonesia ditahan di sekitar Lembah Klang melalui Op Sohor oleh Bahagian Perisikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama pasukan Anti-Corruption Tactical Squad (ACTS). – Bernama

 

Don’t abuse rank to commit unlawful acts

DEPUTY Prime Minister Ahmad Zahid Hamid reminded defence and security forces personnel not to misuse their rank or position to commit unlawful acts.

He said he supported Chief of Defence Force Gen Tan Sri Mohd Nizam Jaffar’s stand that there would be no compromise in dealing with abuse of power.

“I agree with his statement that firm action will be taken against collusion involving military officers, not only as informants but also when directly involved,” he told reporters after officiating a Perak Community Development Department (Kemas) programme in Pasir Salak, yesterday.

Zahid, who is also Rural and Regional Development Minister, said abuse of power must be stopped as it could tarnish the image of the country’s defence and security forces.

“I hope this serves as a stern reminder to others not to commit similar offences or engage in misconduct with the same intent,” he said.

It was reported on Wednesday (Aug 13) that the Malaysian Anti-Corruption Commission had crippled a smuggling syndicate with the arrest of 10 people, including three serving and two former senior military officers.

The officers are suspected of colluding with the syndicate by leaking operational information to help them evade enforcement. – Bernama