GRS tak perlukan BN, kata Zahid Hamidi

BARISAN Nasional mengulangi pendirian bersedia bekerjasama dengan mana-mana parti dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah, kecuali dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pendekatan kerjasama itu selaras dengan prinsip BN untuk mengelakkan pertindihan kerusi yang berpotensi dimenangi, khususnya melalui pakatan dengan rakan-rakan politik seperti PH serta pihak lain yang sehaluan.

“BN-PH ‘plus’ ‘plus’ ‘plus’ bermaksud kita bersedia bersama mana-mana pihak yang bersetuju dengan prinsip parti kita bagi mengelakkan pertindihan kawasan yang mempunyai kelebihan dari segi peluang kemenangan.

“Dengan GRS, kita sudah muktamadkan (tidak bekerjasama) kerana mereka yakin mampu menang banyak, jadi mereka tidak memerlukan BN,” katanya di Putrajaya, semalam.

DUN Sabah akan terbubar secara automatik pada 11 Nov ini bagi memberi laluan kepada PRN17.

Sebelum ini, Ahmad Zahid yang juga Presiden Umno dilaporkan berkata BN tidak akan meletakkan calon di semua 73 kerusi DUN, sebaliknya telah mengenal pasti jumlah kerusi yang difikirkan sesuai untuk ditandingi.

 

GRS doesn’t need us, says Zahid Hamidi

BARISAN Nasional chairman Ahmad Zahid Hamidi said yesterday the coalition remains open to cooperating with other parties in the upcoming Sabah state election, except for Gabungan Rakyat Sabah or GRS.

Zahid said that under the “BN-Pakatan Harapan plus” approach, the coalition was willing to work with other parties to avoid multi-cornered contests, particularly in constituencies where BN has a strong chance of winning.

However, he made it clear that this openness did not extend to GRS.

“GRS has already expressed confidence that it can win many seats on its own. So, they don’t need us. We wish them well,” he said in Putrajaya.

Earlier this month, Zahid, who is the Umno president, said Sabah Umno had decided that it would not cooperate with GRS for the state election.