BARISAN Nasional (BN) akan meletakkan calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.08 Pintasan pada Pilihan Raya Negeri ke-17, kata Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Beliau berkata demikian semasa menghadiri Majlis Kenduri Sekampung di Kampung Nanamun, yang dianjurkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif ABM Wilayah Sabah, Tadzul Radim, semalam.
Sementara itu, penduduk tempatan menyuarakan harapan agar calon yang bakal dipilih dapat membawa pembangunan ke kawasan tersebut.
Muhammad Nur Fikri Halim Thakdim, 21, seorang pengusaha ikan dari Kampung Pintasan, berkata mereka berharap wakil rakyat nanti benar-benar turun padang dan memperjuangkan kepentingan penduduk.
Seorang lagi penduduk, Jamlan Makuntang, turut berharap tumpuan diberikan kepada pembangunan sektor pelancongan dan pertanian di kawasan berkenaan.
