Bendahari pemuda BN direhatkan sementara

DATUK Shahrul Nasrun Kamarudin sudah diminta untuk berehat daripada jawatannya sebagai Bendahari Pemuda Barisan Nasional (BN).

Dalam kenyataan ringkas kepada Malaysia Gazette hari ini, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, ia bagi memberi ruang kepada Shahrul Nasrun menyelesaikan masalah peribadi dengan bekas isterinya.

Platform media sosial dikejutkan dengan kontroversi melibatkan Shahrul Nasrun susulan pendedahan yang dibuat bekas isterinya yang dikenali sebagai Datin Amyera menerusi laman Instagram.

Menjawab kepada kontroversi itu, Shahrul Nasrun menerusi laman sosial Instagramnya semalam berkata, beliau tidak berhasrat untuk membuka ruang kepada sebarang perdebatan atau pertikaian terbuka di media awam berhubung kehidupan peribadinya itu.

Beliau bagaimanapun mengakui perkahwinannya terdahulu telah berakhir secara sah dan rasmi pada 30 Julai 2024 melalui proses sah mengikut undang-undang.

Tambahnya, beliau juga kesal apabila perkara yang sepatutnya kekal sebagai urusan peribadi dan tertutup kini dijadikan bahan perbualan umum yang boleh menjatuhkan maruah banyak pihak, termasuk dirinya, keluarga serta tunangnya yang tidak terlibat sama sekali.

 

 

 

BN Youth treasurer is temporarily relieved

UMNO Youth has temporarily relieved  reits Barisan Nasional treasurer Shahrul Nasrun Kamarudin amid his personal affairs controversy.

Umno Youth chief Dr Muhamad Akmal Saleh said the decision was made to allow him time to settle his personal matters following intense public attention on the issue.

“For now, he has been temporarily relieved of his duties to allow him to focus on his personal affairs.

“As for his personal matters, we will not interfere and will give him the space he needs to resolve them,” he was quoted as saying.

The controversy began when the politician’s former wife, an entrepreneur and influencer, made a series of allegations through her Instagram Stories.

She said she decided to speak up after feeling that certain parties were trying to damage her reputation.

The allegations surfaced shortly after the politician’s engagement, sparking widespread discussion on social media, with many questioning his credibility as a political figure.

That same night, the politician issued a statement on Instagram denying the allegations and expressing regret that his personal matters had become public.

He also defended his fiancée, saying that she was not involved in the controversy.