BN hormati hak rakyat Sabah, kata Zahid

BARISAN Nasional (BN) menyifatkan keputusan Kerajaan Persekutuan untuk tidak membuat rayuan terhadap pemberian khas 40 peratus hasil negeri Sabah adalah langkah tepat.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu juga selaras dengan semangat federalisme, serta menghormati hak rakyat Sabah yang telah dijamin sejak dahulu lagi.

Malah kata beliau, sejak dari awal, BN sentiasa menjunjung kepentingan rakyat Sabah dan mempertahankan hak-hak yang termaktub dalam perjanjian dan perlembagaan.

BN juga berusaha memastikan setiap komitmen Kerajaan Persekutuan terhadap negeri ini dilaksanakan secara adil dan berakauntabiliti,” katanya dalam satu kenyataan di Putrajaya, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, BN akan terus konsisten memperjuangkan hak Sabah dan juga mana-mana negeri lain mengikut kerangka perundangan serta semangat perlembagaan.

Ujar beliau, ia bagi memastikan Malaysia kekal stabil, makmur dan inklusif.