Ahli Parlimen Kinabatangan enam penggal itu juga adalah pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah.
Anaknya, Naim Kurniawan, dalam hantaran di Facebook memaklumkan Bung menghembuskan nafas terakhir pada 1.46 pagi.
Terdahulu, beliau memaklumkan bapanya dirawat di Hospital Gleneagles di Kota Kinabalu, namun tidak dijelaskan penyakit dihidapi Bung.
Bung, bekas timbalan ketua menteri dari 2020 hingga 2023 terkenal dengan beberapa kontroversi termasuk kelantangan di Dewan Rakyat.
Selain Parlimen Kinabatangan, beliau juga mewakili DUN Lamag sejak 2020 dan kerusi itu dipertahankannya pada PRN 29 Nov lalu dengan majoriti 153 undi.
Di sebalik pelbagai kontroversi, Bung amat berpengaruh di Kinabatangan, mempertahankan kerusi itu dengan majoriti kukuh 4,330 undi pada PRU 2022.
Kali pertama kali dipilih pada 1999, Bung berkhidmat sebagai Ahli Parlimen bawah enam perdana menteri: Dr Mahathir Mohamad, Allahyarham Abdullah Ahmad Badawi, Najib Razak, Muhyiddin Yassin, Ismail Sabri Yaakob dan Anwar Ibrahim.
Ketika berada dalam pentadbiran Sabah beliau juga memegang portfolio kerja raya.
