Umno belum sedia cari pengganti Bung

UMNO masih belum bersedia membincangkan pengganti Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin berikutan kesedihan yang masih dirasai kepimpinan parti itu susulan pemergiannya pada Jumaat lepas.

Ketua Puteri, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi berkata, Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang diadakan pada Selasa hanyalah mesyuarat bulanan biasa tanpa sebarang perbincangan mengenai pengisian jawatan berkenaan.

Beliau bagimanapun berkata, mesyuarat itu turut menyentuh mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang diadakan pada 29 November lepas.

Menurut Nurul Amal, sebelum mesyuarat bermula, kepimpinan UMNO mengadakan tahlil ringkas sebagai mengenang jasa Allahyarham yang disifatkan amat dekat dan sentiasa berada di sisinya pada mesyuarat-mesyuarat penting sebelum ini.

“Banyak pemimpin masih bersedih dan terasa dengan pemergian Allahyarham (Bung Moktar), kami belum bersedia lagi (bincang pengganti).

“Perasaan masih bercampur baur, memang terasa sangat kehilangan itu. Beri kami sedikit masa,” katanya selepas mesyuarat itu.

Allahyarham Bung Moktar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah meninggal dunia pada 5 Disember lepas di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu, beberapa hari selepas beliau memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dalam PRN Sabah.

 

Umno not ready to find Bung’s successor

UMNO is “not ready” to discuss Bung Moktar’s successor as Sabah party chief or who to field in the upcoming Kinabatangan and Lamag by-elections following his demise last Friday.

Puteri Umno chief Nurul Amal Fauzi said Umno Supreme Council meeting last night was just a “normal” one with a prayer recited for the former Sabah Umno chief.

“There were no (major decisions) tonight, we just touched a bit on the outcome of the Nov 29 Sabah state election… Many leaders are still grieving over his passing,” she told reporters at Menara Dato’ Onn in Kuala Lumpur.

When asked about Umno’s potential candidates for the looming parliamentary and state by-elections, Nurul said this was not discussed by the Supreme Council.

“Not yet. We’re not ready to discuss his successor yet,” she said.

Bung died last Friday at the age of 66. He had been Kinabatangan MP since 1999 and was just elected to a second term as Lamag assemblyman in last month’s Sabah polls.

The Election Commission will hold a special meeting on Dec 16 to discuss the by-election dates.