Saya masih aktif dalam parti – Ismail Sabri

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui karier politiknya masih belum berakhir sebaliknya masih bergiat aktif sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera dan Ahli Parlimen kawasan sama.

Beliau berkata, sebarang keputusan berkaitan masa depan politiknya akan dilakukan apabila tiba masanya kelak.

“Saya masih aktif sebagai Ahli Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian.

“Namun saya sedar tidak lagi aktif dalam arus perdana politik ‘mainstream’ tanah air.

“Keputusan berkenaan pilihan raya umum (PRU) akan dibuat apabila tiba masanya,” katanya ketika ditemui selepas mengunjungi keluarga ibu tunggal yang juga penerima bantuan bulanan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) sempena Tahun Baharu Cina di Larkin, semalam.

Beliau berkata, buat masa dia memberi tumpuan kepada usaha membantu kira-kira 1,000 anak-anak yatim yang kehilangan ketua keluarga disebabkan pandemik COVID-19.

“Mereka umpama anak dan cucu saya,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi YKM berkata, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu membelanjakan kira-kira RM5 juta setahun bagi memberi bantuan sumbangan bulanan serta sumbangan secara one-off kepada kira-kira 1,000 penerima.

Beliau berkata, inisiatif terbabit dilaksanakan sejak 2022 khususnya selepas ketika fasa pasca pandemik COVID-19 bermula.

“Setahu saya, Malaysia adalah satu-satunya negara yang menyediakan bantuan dan sumbangan kewangan kepada waris yang kehilangan ketua keluarga ketika COVID-19 sehingga pasca pandemik.

“Selain bantuan bulanan sebanyak RM200 kepada anak-anak yatim bawah 15 tahun serta RM25 kepada yang berusia atas 15 tahun, bantuan diberi sehingga mereka berusia 18 tahun atau sehingga tamat ijazah sarjana pertama mereka,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya masih membuka permohonan kepada mana-mana pihak yang layak kerana masih ramai dalam kalangan waris yang kehilangan ketua keluarga akibat COVID-19 belum berdaftar dengan pihaknya.

 

I’m still active in party, says Ismail Sabri

FORMER prime minister Ismail Sabri Yaakob said today he remains an active Umno member although he currently is no longer in the mainstream of national politics.

Ismail, a former Umno vice-president, said he continues to carry out his duties as MP for Bera.

“I am still active as an MP and Bera Umno chief. But I realise that I am no longer active in the mainstream of national politics,” he said after presenting Chinese New Year aid to recipients in Larkin Jaya on Tuesday.

On the possibility of defending his Bera seat in the next general election (GE16), Ismail said he had yet to make a decision.

“A decision will be made when the time comes,” he said.

The Yayasan Keluarga Malaysia chairman added that his main focus at present was to help those in need, particularly children.

“For now, I am focussing on helping about 1,000 children who lost their parents due to Covid-19,” he said.

During the 2022 general election, Ismail successfully retained his Bera parliamentary seat for a fifth consecutive term with a 16,695-vote majority in a three-cornered contest, defeating his rivals from Pakatan Harapan and Perikatan Nasional.

Ismail served as an Umno vice-president from 2018 to 2023 before deciding not to contest the party’s top central leadership posts after GE15.