Rusuhan: Jangan Ambil Tindakan Sendiri

SAYA terkesan dengan siri rusuhan kaum yang melanda Minnesota, New York dan bandaraya utama Amerika berikutan kematian George Flyod yang dikatakan mangsa kekejaman pihak polis.

Banyak bangunan dan kenderaan polis dibakar manakala sekurang-kurangnya dua orang terbunuh sejak ruduhan meletus dua minggu lalu. Kira-kira 6,000 orang pula ditahan.

Berbelas bandaraya, termasuk Washington dan New York terpaksa mengenakan perintah berkurung berikutan maraknya keganasan.

Saya harap kerajaan Amerika akan segera menamatkannya. Orang ramai juga perlu mematuhi peraturan dan tidak mengambil tindakan sendiri.

Pandemik Covid-19 ialah musuh kita bersama. Rakyat Malaysia juga mesti menurut arahan jika inginkan kehidupan terdahulu semula.

Kita ada kepelbagaian etnik dan agama tetapi kita semua adalah rakyat Malaysia. Kekalkanlah.

Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Presiden UMNO

—- —— ——

I am perturbed with the spate of communal riots in Minnesota, New York and other US major cities in the wake of George Floyd’s death in what was described as police brutality.

Public buildings have been torched, police vehicles have been firebombed and at least two people have been killed in shootings amid the chaos over the past week. About 6,000 were arrested.

Dozens of cities, including Washington DC and New York City, are under curfew as the violence continues.

I hope the authority will put this to an end soon. The public too should observe the law by not taking it into their own hands.

The Covid-19 pandemic is our common enemy now which needs all of us to contain it together. Malaysians too must abide by the ruling if we want back our normal life again.

We are multi-ethnic and multi-religion but we are all Malaysians. Stay that way.

Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
UMNO President