Penamaan Calon Barisan Nasional (BN) DUN Slim Pada 15 Ogos
PEKAN: Pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini berlangsung hari ini, dengan proses pemilihan wakil rakyat baharu DUN itu dilaksanakan dengan kebiasaan baharu ekoran penularan pandemik COVID-19. Seramai 20,816 pemilih berdaftar layak menunaikan tanggungjawab mereka di 13 pusat mengundi menerusi 65 saluran mulai 8 pagi hingga 5.30 petang, sebelum keputusan diumumkan Pegawai Pengurus PRK Datuk Zaliza Zulkipli dijangka pada sebelah malam di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) hari sini.