Ke Arah Sistem ‘Governance’ Dan Perkhidmatan Awam Terbaik, Profesional – Mohamad

KUALA LUMPUR, 3 Mei – Sistem tatakelola kerajaan yang sebaiknya ialah perkhidmatan awam itu bebas dari politik, namun berfungsi melaksanakan dasar yang digubal oleh Eksekutif yang terdiri dari kalangan ahli politik yang mendapat mandat melalui pilihan raya, kata Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.

Menurut Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, operasi kerajaan adalah urusan penjawat awam dan terpulang kepada mereka untuk mengelolakannya manakala idealnya tiada campurtangan politik dalam perkara operasi kerajaan.

“Namun dasar yang dilaksanakan mestilah dasar yang digubal oleh Jemaah Menteri dan menepati aspirasi kerajaan yang dipilih secara demokratik.

“Perkhidmatan awam yang bebas adalah sangat penting. Tanpa kebebasan, profesionalisme perkhidmatan awam akan dikompromi.

“Namun pemisahan total perkhidmatan awam dari campurtangan politik, memerlukan profesionalisme di kedua-dua pihak berada pada tahap paling tinggi,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau itu, menteri mesti maklum dan tahu tentang kuasa dan had kepada kuasanya serta perkhidmatan awam pula mesti tahu tugas utama mereka, iaitu menterjemahkan dasar dan aspirasi kerajaan dengan profesional dan setulusnya.

“Perkhidmatan awam tidak boleh lari dari ‘scrutiny’ awam. Ia adalah sistem yang dibiayai oleh dana awam…maka standard akuantabiliti kepada rakyat adalah semaksima mungkin.

“Kerana itu perlu ada pelbagai mekanisme bebas untuk menyiasat, menyemak dan mengemukakan pembaharuan kepada perkhidmatan awam dari masa ke semasa.

“Pertentangan terbuka antara penjawat awam dengan menteri akan dapat dielakkan jika profesionalisme kedua-dua pihak adalah pada tahap tertinggi,” katanya lagi.

Ulasnya juga, Malaysia masih mempunyai ‘governance gap’ yang sangat ketara antara perkhidmatan awam jika dibandingkan dengan sektor swasta.

“Sektor swasta di Malaysia telah jauh ke hadapan dalam memperbaiki tatakelola korporat dan perniagaan mereka, melalui sistem kawalselia yang aktif dan ‘rigorous’.

“Ruang penambahbaikan sistem tatakelola kerajaan masih sangat luas. Maka usaha ke arah itu mesti segera digiatkan demi perkhidmatan awam yang bebas dan berkelas dunia, Insya-Allah,” serunya. – UMNO ONLINE

Towards better governance and effective civil service

KUALA LUMPUR, May 3 – The best governance is having a civil service free of politics and elected politicians as the implementor for policies they formulated, said UMNO Deputy President Datuk Seri Mohamad Hasan.
He said government operation is in the business of civil services and it is up to them to manage it without any political interference.
“However, the policy must be formulated by the Cabinet and meets the aspirations of a democratically elected government. An independent civil service is very important. Without freedom, the professionalism will be compromised.
“However, the total separation of the civil service from political interference requires professionalism on both sides to be at the highest level,” he said in a statement.
According to the Rantau State Assemblyman, ministers must realise the limit to their powers while civil servants must know their main task, which is to translate government policies and aspirations professionally and sincerely.
“The civil service cannot run away from public scrutiny. It is a system funded by public funds… so the standard of accountability must be high. In that manner, there must be an independent mechanism to do check and balance.
“Open confrontation between civil servants and ministers can be avoided if the professionalism of both parties is at the highest level,” he added.
He also commented that Malaysia still has a very significant ‘governance gap’ between the civil service when compared to the private sector.
“The private sector in Malaysia has come a long way in improving their corporate and business governance through an active and ‘rigorous’ regulatory system.
“The space to improve the government governance system is still very wide. Therefore, efforts in that direction must be intensified immediately for the sake of an independent and world-class civil service, God willing,” he said.