Isu Pencerobohan Tanah Raub: Tindakan Tepat Angkat ‘Rule of Law’ – Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyokong sepenuhnya ketegasan tindakan Kerajaan Negeri Pahang, khususnya Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di dalam isu pencerobohan tanah Hutan Simpan Kekal Batu Talam, Raub Pahang.

Kata ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, tindakan ini menjadi manifestasi kesungguhan komitmen Kerajaan Negeri Pahang yang dipimpin oleh UMNO-Barisan Nasional (BN) mengangkat ‘Rule of Law’ sebaiknya.

“Tindakan meneroka tanah secara haram dan tanpa izin, lebih-lebih lagi kawasan yang digazetkan sebagai Hutan Simpan Kekal (HSK) adalah salah disisi undang-undang dan wajar diambil tindakan penguatkuasaan segera agar operasi haram ini dihentikan dan penceroboh-penceroboh ini didakwa di mahkamah.

“Pemuda UMNO Malaysia nyata amat kecewa dan mengutuk sikap oportunis beberapa ahli politik khususnya dari parti DAP seperti YB Ronnie Liu yang ingin menjadi hero dan memainkan sentimen perkauman sempit demi meraih sokongan politik. Malahan golongan ini tidak malu dan berani menekan pihak berkuasa dari menjalankan tugas memguatkuasakan undang-undang,” katanya dalam kenyataan menerusi laman facebooknya berkaitan isu terbabit

Ujarnya, syabas kepada anggota penguatkuasaan yang tidak berganjak dan tegas dalam tugasan mereka seperti yang viral di media sosial.

“Tuntasnya, Pemuda UMNO Malaysia juga berharap tindakan tegas Kerajaan Negeri Pahang ini juga menjadi tanda aras baharu penguatkuasaan undang-undang dalam pentadbiran dan pengurusan sumber alam negeri seperti Tanah, Hutan Simpan dan Air negeri,” katanya lagi. – UMNO Online

Raub issue: Observe the Rule of Law

KUALA LUMPUR, July 11 – Pemuda Umno fully supports firm action by the Pahang State Government under Mentri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail over the illegal enroachment of the permanent reserve land in Batu Talam, Raub.


Its chief Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki said the action reflects the manifestation of Umno-BN led Pahang government in upholding the Rule of Law.

“The illegal farming, especially on the permanent forest reserve (HSK) is definitely against the law and it must be stopped immediately and those involved must be brought to justice.

“Pemuda regrets and deplores the politicians who took opportunity in this issue, notable the DAP like Ronnie Liu who wanted to become a hero by protecting them. Furthermore, they deliberately applied pressure on the authority who tried to enforce the law,” he said.

He commends the authority for being strict in their action as shown in a viralled video on the social media.