Kenyataan Media Presiden

Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bermesyuarat pada hari ini, 12 Mac 2020 (Khamis) memutuskan perkara berikut:

1. UMNO telah membuat penstrukturan semula parti yang melibatkan :-

i. Perlantikan YB Datuk Seri Ahmad bin Maslan sebagai Setiausaha Agung UMNO yang baru.

ii. Perlantikan Saudara Shahril Suffian bin Hamdan sebagai Ketua Penerangan UMNO yang baru.

iii. Perlantikan Saudara Mohd Rais bin Mohd Yasin sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi yang baru.

2. UMNO menyokong YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga terbentuknya kerajaan baharu pada 1 Mac 2020 yang lalu, semata-mata sebagai suatu tanggungjawab moral untuk menyelamatkan negara dan rakyat daripada terus terbelenggu dengan krisis politik, lantaran terbubarnya kerajaan Pakatan Harapan apabila Tun Mahathir Mohamad meletakkan jawatan pada 21 Februari 2020.

3. UMNO akan terus memberikan sokongan kepada kerajaan baharu pimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga PRU ke 15 berasaskan beberapa panduan berikut :-

i. Kerajaan baharu ini harus memastikan aspirasi rakyat benar-benar direalisasikan.

ii. Kerajaan baharu ini melaksanakan tanggungjawabnya denganmemberikan kemakmuran kepada semua rakyat tanpa mengira batasan kaum, agama, kenegerian dan darjat.

iii. Kerajaan baharu harus segera berusaha menangani kelembapan ekonomi semasa termasuklah melakarkan pelan tindakan berkesan menghadapi cabaran ekonomi global dan kesan wabak Covid-19.

iv. Kerajaan baharu tidak sewajarnya mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh kerajaan PH terdahulu dalam menguruskan isu-isu yang menyentuh sensitiviti hubungan kaum negara ini.

4. Demi memenuhi aspirasi rakyat dan memelihara kepentingan Agama dan Negara, beberapa tindakan segera harus diambil oleh kabinet baharu di bawah YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin termasuklah:-

i. Menubuhkan segera Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi menyiasat segala tuduhan salahlaku dan penyelewengan PH terhadap kerajaan BN dan Pengurusan Tabung Haji terdahulu.

ii. Menilai semula semua keputusan penjualan secara lambak aset-aset strategik negara dan agensi-agensi berkepentingan rakyat termasuklah Tabung Haji, Khazanah Nasional, LTAT dan semua Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

iii. Demi memenuhi prinsip Rule of Law yang sebenar, UMNO mendesak kes-kes penyelewengan yang dihentikan perbicaraannya oleh kerajaan PH dibuka semula, ini termasuklah kes skandal rasuah terowong dasar laut dan 3 lebuhraya melibatkan pemimpin DAP bernilai RM 6.3 bilion.

iv. Menyegerakan siasatan dan pendakwaan terhadap mereka yang dikaitkan dengan Kes Pembunuhan yang menyayat hati melibatkan anggota Bomba, Allahyarham Adib.

v. Membatalkan agenda kerajaan PH untuk menubuhkan IPCMC yang sengaja mahu mengongkong dan mengekang tugas dan tanggungjawab pihak Polis DiRaja Malaysia.

vi. Membekukan keputusan pemberhentian kakitangan awam berstatus kontrak, dasar pengurangan kakitangan awam dan mengkaji semula dasar yang memastikan kebajikan penjawat awam terbela.

5. UMNO akan terus memainkan peranan secara proaktif sebagai agen semak dan imbang (check and balance) terhadap kerajaan baharu pimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memastikan suara dan aspirasi rakyat benar-benar terbela.

6. UMNO juga akan meneruskan agenda utama memperkasakan Muafakat Nasional dengan rakan-rakan PAS dan juga memperkukuhkan Barisan Nasional bersama rakan-rakan komponen MCA, MIC dan PBRS.

7. UMNO terus komited untuk mempertahankan kerajaan baharu pimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin selama mana aspirasi rakyat dipelihara dan memastikan kestabilan politik dan ekonomi dapat dijaga sehingga PRU ke 15 akan datang.

Sekian, terima kasih.

DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI
12 Mac 2020

[gview file=”https://umno.org.my/wp-content/uploads/2020/03/KENYATAAN-MEDIA-PRESIDEN-UMNO.pdf”]


Leave a Reply

Your email address will not be published.

President’s Media Statement

The Supreme Council has decided in today’s meeting (Thursday, March 12) that:

1. UMNO has undertaken the party restructurings, involving:-

i. Appointing Datuk Seri Ahmad Maslan as the new Secretary-General.

ii. Appointing Shahril Suffian Hamdan as the new Information Chief.

iii. Appointing Mohd Rais Mohd Yasin as the new Supreme Council member.

2. UMNO has supported Tan Sri Muhyiddin Yassin in forming a new government on March 1st as its moral obligation in liberating the people from the ugly political crisis after the fall of Pakatan Harapan government when Tun Mahathir Mohamad resigned on February 21st 2020.

3. UMNO will continue supporting Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin until the 15th general election based on:-

i. The new government must meet the people’s aspirations.

ii. The government expedites its responsibility for all regardless of race, religion and ethnicity.

iii. The government must quickly resolve the economic downturn, including charting an effective plan in bracing for the world economic issue and Covid-19 pandemic.

iv. They shouldn’t repeat the mistakes of PH government in administering sensitive interfaith issues in the country.

4. In meeting the aspiration of the rakyat and in protecting the religion and nation, several actions must be quickyly undertaken by Tan Sri Muhyiddin Yassin Cabinet, among which:-

i. The setting up of a Royal Commission of Inquiry (RCI) on wrongdoings and power abuse by PH leaders against BN govenment and former management of Tabung Haji.

ii. To re-evaluate all decisions in selling off strategic national assets such as Tabung Haji, Khazanah Nasional, LTAT and all GLCs.

iii. In meeting the actual Rule of Law principles, UMNO calls for all wrongdoings and power abuse cases put to halt by the PH government be reopened. This include corruption in the undersea tunnel project and the 3 highways valued at RM6.3 billion involving DAP leaders.

iv. To speed up probe and persecution in those suspected in the murder of fireman Adib.

v. To cancel PH agenda to set up IPCMC which only belittles and mocks the police personnel from expediting their job.

vi. Putting on freeze PH plan to terminate contractual workers in the public sector, staff reduction policy and taking effort in securing their well-being is taken care of.

5. UMNO will continue playing a pro-active role as the check-and-balance agent for the new government, and in ensuring that the rights and aspiration of the rakyat are upheld.

6. UMNO, in the meantime, will purse its main agenda in strengthening Muafakat Nasional with PAS and fortifying Barisan Nasional with MCA, MIC and PBRS.

7. UMNO remains committed in defending the new government under Tan Sri Muhyiddin Yassin for as long as the people’s aspiration is prioritised, thus ensuring economic and political stability prior to the 15th general election.

Thank You

DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI
12 Mac 2020

 


Leave a Reply

Your email address will not be published.