Tarikh Terkini Mesyuarat UMNO Bahagian 4 Peringkat Dan Perhimpunan Agung UMNO

SETIAUSAHA Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi UMNO yang bersidang Isnin, 7 Dis telah memutuskan bahawa tarikh untuk Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian, Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri adalah pada 1, 2 dan 3 Januari 2021 (Jumaat, Sabtu dan Ahad).

Katanya, ianya akan diadakan secara serentak di 191 Bahagian dan akan dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian masing-masing.

“Untuk kawasan PKPB dan PKPD bolehlah diadakan secara maya. Kehadiran adalah secukup korum iaitu satu perempat daripada jumlah wakil yang berhak hadir.

“Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri adalah pada 30 Januari 2021 (Sabtu) dan Perhimpunan Agung UMNO pada 31 Januari 2021 (Ahad). Ianya akan diadakan di PWTC dengan kehadiran yang terhad dan juga akan dibuat secara maya,” katanya dalam satu kenyataan media.

Latest dates for division meeting and General Assembly

UMNO Secretary-General Datuk Seri Ahmad Maslan today announced that the Supreme Council meeting on Dec 7 has decided to convene the divisional delegates meeting on 1, 2 and 3rd January 2021 (Friday, Saturday and Sunday).

It will be held simultaneously at 191 divisions and will be officiated by their respective chiefs.

“Those in PKPB and PKPD can do it online with enough quorum comprising of one fourth of eligible participants.

“Wanita, Pemuda and Puteri general assembly will be on January 30, 2021 (Saturday) while the General Assembly on January 31st to be held at the PWTC with limited attendees and conducted online,” he said in a media statement.