Anti-UMNO Hentikan Mengadu Domba, Yang Penting Jujur Untuk Rakyat – Zahid

KUALA LUMPUR, 24 Feb – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta anti-UMNO hentikan mengadu domba tentang tua dan muda UMNO.

Katanya, jangan khuatir kerana ahli dan barisan pimpinan UMNO setiap peringkat usia tahu dengan yakin kemampuan dan peranan masing-masing.

“Gandingan pemimpin lama dan baru itulah yang membuatkan UMNO sebuah parti yang kuat. Sinergi padu zaman berzaman. Menggabungkan antara pengalaman dan kreativiti – ‘Since 11 May 1946’.

“Orang lama UMNO tidak perlu pun menggunakan gelaran ‘council of elders’ untuk tampak hebat. Yang penting jujur dalam melaksanakan agenda parti demi kepentingan rakyat dan negara.

“Orang baru UMNO tidak pula menggunakan gelaran MUDA untuk membuktikan mereka muda, kerana pada akhirnya mereka tua jua. Panggilan Pemuda jauh lebih ikhlas dan bermakna.”

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata demikian dalam kenyataan menerusi laman fecebooknya, hari ini.

Tegasnya, UMNO tidak perlu juga ‘mencopy’ gelaran angkatan laut acah-acah nampak garang dan berani.

“Tua dan muda dalam UMNO berjuang atas asas falsafah yang sama agama, bangsa dan negara. Dengan karisma dan idea masing-masing bergabung untuk mendapatkan formula terbaik.”

Justeru, katanya, dasar UMNO tidak menolak seseorang pemimpin semata-mata kerana berumur.

“Tidak pula menghalang orang muda memegang jawatan jika mendapat sokongan akar umbi. Kerana itu dalam UMNO ada Pemuda dan Puteri. Semua ada peranan yang besar.

“Jika ada yang mengatakan UMNO mengenepikan yang muda, kenyataan itu sangat tersasar. UMNO sentiasa mengutamakan yang muda. Cumanya pengetahuan yang lama dari atas memberi panduan.”

Apapun katanya, beliau tabik kepada para Pemuda dan Puteri UMNO yang ada sekarang ini.

“Siapa masih ingat lebih 200 mendaftar untuk mengisi 20 jawatan Exco Pemuda selepas parti mereka tewas PRU14 kerana fitnah dan pembohongan.

“Begitu juga dengan Puteri. Begitu ramai menawarkan diri untuk memimpin. Begitu bersemangat sedangkan mereka tahu UMNO sudah tiada apa-apa pada waktu itu.

“Pemuda serta Puteri UMNO yang setia kini semua berada dalam saf UMNO nan
rapat dan tersusun.”

Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk turut berkias bahawa dalam UMNO duduk sama rendah, berdiri sama tinggi di medan hadapan memperjuangkan parti dan pertiwi di samping menyertakan hashtag cogankata parti, Bersatu, Bersetia, Berkhidmat. – UMNO Online

Stop running a wedge in UMNO, sincerity rules – Zahid

KUALA LUMPUR, Feb 24 – UMNO President Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi has asked anti-UMNO factions to stop demonising the party by drawing a wedge between the young and senior members as every age group in the party work closely as one.
“It is the combination of senior and young leaders that makes UMNO a strong party. This solid synergy has been going on for ages, with combined experience and creativity since it was founded on May 11, 1946.”
“UMNO’s seniors do not wished to be called ‘council of elders’ to look great. The important thing is to be honest in implementing the party agenda for the benefit of the people and the country. Newcomers do not use the title MUDA to prove they are young because they will grow old too,” he said.
Zahid who is also the Barisan Nasional (BN) chairman said so in his Facebook posting, today.
He reiterated that UMNO does not need a la army management.
“Senior and youths in UMNO are fighting on similar philosophical basis of religion, race and country. With their charisma and ideas, they all come together to get the best formula. ”
Therefore, he said, UMNO’s policy does not reject a leader simply because of age. “It does not prevent young people from holding office if they have the support of the grassroots. We have Pemuda and Puteri. All have a big role to play.
“If anyone says that UMNO is ignoring the young, the statement is very wrong. UMNO always prioritizes them. We always refer to the past experience,” he added.
Zahid who is Member of Parliament for Bagan Datuk said he really appreciate what Pemuda and Puteri have done over the years.
“About 200 Pemuda members registered to fill up the 20 Exco positions after we lost GE14 due to slander and lies. The same goes for Puteri. So many volunteered to lead. They were so enthusiastic although they knew UMNO had nothing at that time.”