Rentas Negeri Aidilfitri: Kerajaan Perlu Buat Ketetapan Awal, Jangan Flip Flop – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 17 April – Cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menangguhkan perjalanan rentas negeri menjelang Aidilfitri ternyata menggusarkan orang ramai kerana seeloknya seelok-eloknya kerajaan membuat ketetapan bermula sekarang sama ada boleh atau tidak, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau melihat perkara ini perlu dilaksanakan dengan jelas kerana bimbang boleh menimbulkan kemarahan orang awam dan apa yang penting jangan flip flop atau menyusahkan orang ramai seperti pelaksanaan pembelajaran di rumah (PDPR).

“Bagi umat Islam yang sedang melaksanakan ibadah puasa ketika ini mereka mengharapkan perjalanan rentas negeri dibolehkan bagi meraikan Lebaran di kampung halaman. Apatah lagi sudah terlalu lama mereka tidak dibenarkan pulang untuk menjenguk orang tua di desa.

“Namun peningkatan kes harian Covid-19 di awal Ramadan ini amat dikhuatiri. Bukan apa, ia akan dijadikan alasan perjalanan rentas negeri tidak dibenarkan.

“Saya bimbang apabila kemarahan orang awam memuncak, kerajaan pada saat-saat akhir akan membenarkan perjalanan rentas negeri bagi merayakan Aidilfitri. Dan hasilnya selepas itu, kita akan menyaksikan kes Covid-19 akan mencanak tinggi,” katanya dalam hantaran facebooknya berkaitan isu terbabit.

Dalam hal ini, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) melihat mungkin ketika itu laporan harian pandemik akan dijadikan alasan untuk memanjangkan tempah darurat, sedangkan ia sepatutnya berakhir pada 1 Ogos 2021.

“Bagi memastikan perkara itu tidak berlaku, seelok-eloknya kerajaan menerusi KKM membuat ketetapan bermula sekarang. Boleh atau tidak perjalanan rentas negeri.

“Apa yang penting jangan flip flop atau menyusahkan orang ramai seperti pelaksanaan pembelajaran di rumah (PDPR). Komputer riba sudah dibeli tetapi sekolah dibuka semula selepas itu.”

Tegasnya, lebih penting pemberitahuan awal mengenai rentas negeri adalah untuk memudahkan kakitangan awam dan swasta menyusun jadual dan memohon cuti untuk meraikan Aidilfitri.

“Pada masa itu mungkin ada yang sudah membeli tiket bas dan tiket kapal terbang. Jika sekejap boleh sekejap tak boleh seperti iklan biskut Chipsmore ia pasti menyusahkan,” katanya lagi yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk. – UMNO Online

Don’t flip-flop on interstate travel – Zahid

KUALA LUMPUR, Apr 17 – The Health Ministry proposal to postpone interstate travel during Aidilfitri has upset the public and it’s proper if the government decides on it now, said UMNO President Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi .
He said, the matter must be attended to clearly as it could be met with public uproar as had happened in the  implementation of home learning (PDPR).
For Muslims who are now performing their Ramadan duty, they hope interstate travel will be allowed to celebrate Hari Raya in their hometowns. “What’s more, they have not been allowed to go home to visit the elderly in the village for too long.
“However, the increase in daily Covid-19 cases at the beginning of Ramadan is very worrying. Not that, it would be an excuse that interstate travel will not be allowed,” he said in a FB posting.
As such, he said it would be better for the government make a decision now. What is important is not to flip-flop or any inconvenience to the public, especially those who had already purchased transportation tickets.
“Some may have bought bus and plane tickets. Decision must be made now, not be like the Chipsmore advertisement, it will definitely be difficult,” he said.