Tiada Calon PM Lain Selain Tan Sri Muhyiddin?

KUALA LUMPUR, 18 April – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan memberikan respon terhadap Ketua Penerangan PPBM, Datuk Wan Saiful Wan Jan yang antara lain mendakwa bahawa PPBM dan PN adalah pihak terbaik untuk menerajui negara dengan teraju Perdana Menteri adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:

Dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia, Ketua Penerangan PPBM menegaskan beberapa dakwaan dan pendirian yang menjurus kepada rumusan yang cuba dijaja, bahawa: PPBM dan PN adalah pihak terbaik untuk menerajui negara.
Tentunya dalam mengolah rumusan tersebut, beberapa dakwaan dibuat terhadap UMNO.
Saya respon kepada beberapa dakwaan utama.

DAKWAAN 1: TIADA CALON LAIN UNTUK PM SELAIN YAB TAN SRI MUHYIDDIN
Tanggapan itu mungkin benar buat parti PPBM. Kerana selain Tan Sri Muhyiddin yang memang sudah duduk kerusi PM, boleh namakan siapa pemimpin dalam PPBM yang disegani? Yang terkenal dengan sesuatu positif? Yang dilihat sebagai “potential PM”?

Maka, mungkin ya, untuk PPBM anda hanya ada seorang. Tapi tak bermaksud parti lain tak mampu menyaingi.

DAKWAAN 2: UMNO/BN SAMPAI HARI INI TIDAK ADA CALON PM
Salah. UMNO belum menamakan. Bila hendak menamakan, itu keputusan UMNO-lah. Setahu kami, PRU bukan esok. Esok, demokrasi Malaysia masih tergendala akibat keputusan darurat. Jadi hendak buktikan majoriti di Parlimen pun tak mampu, apatah lagi hendak PRU segera. Maka, UMNO tak tergesa-gesa hendak menamakan calon PM.

Seperkara lagi, berbeza dengan PPBM, UMNO ada ramai pemimpin berkaliber yang boleh diketengahkan bukan hanya sebagai calon suatu jawatan Perdana Menteri tetapi membarisi kepimpinan secara umumnya, baik di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Untuk PPBM, mungkin mudah sebab fikir hanya satu jawatan, dan sememangnya tiada orang lain untuk jawatan itu. Sesudahnya jika dapat jawatan itu, yang lain mungkin boleh tangkap muat. Tidak untuk UMNO. Pendekatan kami berbeza.

DAKWAAN 3: AWAL DAHULU, UMNO SETUJU PN PERLU WUJUD SEBAGAI PAKATAN RASMI
Ketua Penerangan PPBM mendakwa ada keperluan membentuk PN sebagai gabungan politik rasmi kerana MN tak berdaftar. Kemudian timbul juga dakwaan bahawa ini dipersetujui UMNO.

Sama sekali tak benar. Setelah Kerajaan 22 bulan jatuh akibat PPBM dan sekutunya keluar, hasrat UMNO untuk pembubaran Parlimen tak tercapai. Maka demi kelangsungan pentadbiran negara, UMNO setuju bersama membantu membentuk Kerajaan baru.

Tiada nama untuk Kerajaan pada waktu itu.

Tak lama kemudian, timbul istilah “Kerajaan Perikatan Nasional” yang penjenamaanya tak pernah dirunding pun bersama UMNO.

Tiada masalah – cuma perlu ditegaskan, UMNO tak pernah setuju menjadi sebahagian dari “Parti Perikatan Nasional” yang didaftarkan secara mengejut.

Soal PPBM hendak masuk MN, dimana keikhlasannya untuk bersama MN kalau terus mendaftar Perikatan Nasional dan mengajak parti lain bersama?

Kalau lihat kenyataan-kenyataan awal pimpinan PPBM pada dan sebelum bulan Ogos 2020, PN hanya sebagai gagasan besar dimana MN menjadi antara tonggak utama, bersama parti lain dari Sabah atau Sarawak. Tapi tiba-tiba sebelum PRN Sabah, Perikatan Nasional berdiri sendiri.

Maka pada waktu itu, PN bukan lagi sebagai gagasan besar tetapi menjadi parti rasmi yang didaftarkan, tanpa persetujuan UMNO.

Benar, nak daftar PN tak perlu persetujuan UMNO. Tapi jangan pusing cerita konon UMNO yang mencetus masalah.

DAKWAAN 4: PUNCA KERJASAMA TERJEJAS KERANA UMNO NAK JADI ABANG BESAR
Siapa sebenarnya yang meratib hendak menjadi abang besar?
Agak janggal untuk PPBM menuduh UMNO hendak jadi abang besar, sedangkan mereka yang memegang jawatan besar dalam Kerajaan. Sedangkan mereka mendaftar PN yang mereka sendiri pengerusikan. Sedangkan mereka yang dengan gah dalam wawancara ini pun mengatakan tiada calon PM lain yang bagus selain calon mereka.
Andaikata UMNO hendak lebih kehadapan dalam sebarang pakatan politik, ada rasionalnya atas sebab-sebab yang sedia maklum.

Tetapi yang jelas dominan hari ini adalah PPBM. Yang beraksi seolah-olah abang besar adalah PPBM. Maka sewajarnya mereka melihat tindak tanduk sendiri sejak awal penubuhan Kerajaan PN lebih setahun dahulu jika mahu mengenalpasti punca keretakan kerjasama.

DAKWAAN 5: PN KENDERAAN PENYATUAN MELAYU-ISLAM
Baguslah jika PPBM sekarang hendak bercakap tentang penyatuan. Sedangkan tak lama sebelum ini mereka benar-benar sebahagian Pakatan Harapan selama pentadbiran 22 bulan. Mungkin mereka mengharapkan rakyat lupa dan terus mensucikan mereka semata-mata hari ini bernaungkan “Perikatan Nasional”.

No other candidates fit for PM job except Muhyiddin?

KUALA LUMPUR, April 18 – UMNO Information Chief Shahril Hamdan responded well to PPBM Information Chief Datuk Wan Saiful Wan Jan who, among others, claimed that PPBM and PN are the best parties to lead the country under the leadership of Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Wan Saiful claimed that many reasons led to his conclusion that PPBM, PN and Muhyiddin are the best options for Malaysians. He was seen as ringing his own bell. In his summary, he also levelled some allegations against UMNO.

Sharil’s counter-response to Wan Saiful’s claims are:

CLAIM 1: NO OTHER CANDIDATE IS FIT FOR PM POST EXCEPT MUHYIDDIN
That is only PPBM’s impression. Apart from Tan Sri Muhyiddin who is enjoying the No.1 seat now, please name me who is the respected leader in PPBM? Who is famous for doing something positive? Is there anybody else seen as a ‘potential PM’ candidate from PPBM? Maybe for PPBM, you have one now but that doesn’t mean other parties can’t match him.
CLAIM 2: UMNO/BN DOESN’T HAVE ANY PM CANDIDATE AS AT TODAY
Wrong and crap! UMNO has yet to name somebody. When it comes to making selections, it will happen and that is UMNO’s decision. As far as we know, the general election is not going to be held tomorrow. Malaysia’s democracy will still be hampered by emergency decisions tomorrow and day after. As I see it, PN is trying to build its majority in Parliament. They won’t call for GE immediately. So, UMNO is in no hurry to nominate a PM candidate.
One more thing, unlike PPBM, UMNO has many caliber leaders  who are not only for the Prime Minister post but also for top administrative at Federal or State level.
For PPBM, it is so simple thinking of only one position because they don’t have anybody else deemed fit for that position. UMNO is not such. We have different approach.
CLAIM 3: UMNO HAD AGREED PN TO BECOME AN OFFICIAL ALLIANCE
The PPBM Information Chief claimed that there was a need to form PN as an official political coalition because MN was not registered. Then came the allegation that this was agreed by UMNO.
Not true at all. After the 22-month government fell due to PPBM, UMNO’s hope for the Parliament be dissolved did not happened. But for the sake of the people and a continued administration, UMNO agreed to help form a new government. There was no name for the new government then.
The name Perikatan Nasional propped up not long after that but it was never discussed with UMNO. No problem at all but I need to emphasized that UMNO has never agreed to be part of the Perikatan Nasional, a coalition that was abruptly registered.
As for PPBM wanting to join MN, where is their sincerity to be with MN if it continues to register PN by inviting other parties to join them?
If you refer to earlier statements by the PPBM leadership on or before August 2020, PN was just a big coalition by taking MN as the umbrella body along with other parties from Sabah and Sarawak. But suddenly before the Sabah PRN, Perikatan Nasional contested on its own.
And with that, PN was no longer a grand coalition but an official registered party without the consent of UMNO. True, there was no need for UMNO’s approval if they wanted to register PN but dont twist and fabricated stories that it was UMNO who caused the problem.
CLAIM 4: COOPERATION IN JETTISON BECAUSE UMNO WANTS TO BECOME A BIG BROTHER
Who actually wants to be a big brother?
It is a bit awkward for PPBM to accuse UMNO of wanting to be a big brother when they are the ones controlling main portfolios in the Government. They also chair PN which they registered. They boasted that PPBM was the only party fit for the PM post and no other parties can match it.
For that very reason, UMNO has to subscribe to a different political move if it wants to move forward. There is a rationale to its stance, based on what had taken place.
It is PPBM who is dominant today. They are the ones playing the role of a big brother. They should look back at their conduct and political behavior during the early days of PN establishment and the cause of the rickety cooperation.

CLAIM 5: PN AS THE BEST MALAY/ISLAM UNIFICATION

It’s good that PPBM is now talking about unification when not long ago they were part of Pakatan Harapan’s 22-month government. Maybe they wanted the people to forget about their predicaments under PH and for that, they want to clean up their image under Perikatan Nasional.