Pemuda UMNO Lontar Tujuh Rasional Moratorium 2.0 Automatik Tidak Terhad Kepada B40

KUALA LUMPUR, 4 Jun – Pemuda UMNO hari ini menggesa Kerajaan agar memanfaatkan sepenuhnya kuasa di bawa Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 untuk segera memastikan institusi perbankan dan kewangan negara menawarkan moratorium 2.0 tanpa caj atau faedah tambahan selama 3 bulan secara automatik.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata langkah itu juga perlu disusuli dengan perlaksanaan yang tidak terhad hanya pada golongan B40 sahaja, bagi meringankan beban rakyat sekaligus menjamin ketenangan dan kesihatan mental rakyat sepanjang menjalani PKP Penuh atau ‘Total Lockdown’.

Pada masa yang sama beliau turut menyenaraikan tujuh rasional dan justifikasi langkah berkenaan terhadap penangguhan pembayaran ansuran pinjaman atau pembiayaan yang diberikan kepada rakyat.

Pertama memastikan keupayaan tunai rakyat tidak terjejas akibat perlaksanaan ‘total lockdown’ hingga menyebabkan ekonomi negara turut terkesan teruk akibat penurunan drastik perbelanjaan isi rumah terutamanya dalam membiayai keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal dan utiliti (Elektrik, Air dan Internet).

“Rata-rata berhadapan dengan masalah tunai akibat simpanan yang merosot teruk berbanding PKP 1.0 dahulu akibat PKP yang berpanjangan sebelum ini.

Keduanya penangguhan bayaran ansuran pinjaman bank juga dapat mengelakkan daripada berlakunya fenomena kemuflisan akibat kejatuhan teruk pendapatan syarikat-syarikat PKS, golongan bekerja sendiri dan isi rumah yang tiada pendapatan tetap termasuk M40 akibat pandemik Covid-19 berpanjangan,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Seterusnya yang ketiga tambah Asyraf fenomena muflis dalam kalangan rakyat akibat pendapatan yang terjejas dan ketidakupayaan membayar ansuran pinjaman atau pembiayaan bank akan menyebabkan kerosakan teruk kepada ekonomi negara sekaligus memberi kesan langsung terhadap operasi dan tahap kestabilan institusi perbankan dan kewangan tempatan.

Keempat tambah Asyraf penawaran moratorium mampu menjamin kestabilan sistem kewangan (financial stability) sekaligus mengelakkan bank-bank berhadapan dengan fenomena ketidakupayaan pelanggan membayar balik hingga membawa kepada peningkatan kadar NPL (Non-Performing Loan) atau Pinjaman Tak Berbayar.

Kelima keupayaan institusi perbankan tempatan menyerap sebarang potensi kejutan pasaran (market shock) masih berada pada tahap yang kukuh sebagaimana piawai antarabangsa (IMF) dan Bank Negara Malaysia.

“Institusi perbankan tempatan mempunyai tahap modal yang sihat dan mampu mendukung aliran kredit ekonomi negara berdasarkan Nisbah Modal Keseluruhan (Total Capital Ratio) di tahap 18.1% melebihi dari keperluan Bank Negara Malaysia (BNM) iaitu minima 8% dengan Lebihan Modal Penampan (Capital Excess Buffer) mencecah RM126.3 bilion pada Februari 2021.

Keenam tahap kecairan (liquidity) bank-bank tempatan juga berada dalam keadaan yang sihat berdasarkan laporan Tahap Liputan Kecairan (Liquidity Coverage Ratio) BNM bagi sistem perbankan negara iaitu pada 145.1% dan melebihi keperluan minimum 100% walaupun melaksanakan Moratorium 1.0 ketika PKP 1.0.

“Walaupun terdapat peningkatan pada Peruntukan Kerugian Kredit (Provision for Credit Losses) sistem perbankan negara dari bulan ke bulan, ia tetap hanya 1.8% dari jumlah keseluruhan pembiayaan (pinjaman) sistem berjumlah hampir RM1.85 trilion,” ujarnya.

Ujarnya lagi perlaksanaan Moratorium 1.0 terdahulu juga ternyata tidak menjejaskan keupayaan institusi perbankan menjana keuntungan malah bank-bank tempatan baru mengumumkan keuntungan selesa bagi Suku Pertama Tahun 2021 seperti contoh Maybank (RM2.39 billion), Public Bank (RM1.53 billion), Hong Leong Bank (RM2.17 billion) RHB Bank (RM650.39 juta), Bank Islam (RM202.46 juta) dan Affin Bank (RM68.94 juta).

“Di samping tujuh rasional di atas, Pemuda UMNO menggesa Kerajaan untuk mengarahkan agensi-agensi pembiayaan dan kredit milik Kerajaan yang memberi fokus kepada golongan B40 dan Perusahaan Mikro seperti MARA, TEKUN, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), SME Bank dan lain-lain untuk melaksanaan moratarium bagi peserta-peserta program mereka.

“Pengalaman pelaksanaan moratarium pada PKP 1.0 boleh dijadikan ASAS untuk pelaksanaan moratarium ‘Total Lockdown’ yang lebih efisien sekaligus membantu rakyat yang berhadapan dengan keadaan yang sulit sepanjang ‘Total lockdown” yang dilaksanakan,” tegasnya. – UMNO Online

Youth outlines 7 rationales for B40 moratorium

KUALA LUMPUR, June 4 – Umno Youth today urged the Government to make full use of provision under the Emergency (Essential Powers) Ordinance 2021 to immediately ensure that the banking and financial institutions offer a 3-month automatic moratorium 2.0 without additional charges or interest.
Its head Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki said the move should be offered to the B40 group in easing their burden during this lockdown. He also listed seven rationales and justifications for the moratorium.
The first is to  ensure that the people’s cash capacity is not affected due to the implementation of ‘total lockdown’ since they have to fork out for other basic bills, i.e electricity, water and Internet.
“Secondly, they are facing cash problems on average due to savings which have declined sharply compared to PKP 1.0.
” Both the  deferment of bank installments can also prevent the occurrence of bankruptcy due to the severe fall in income of SMEs, the self-employed and households with no fixed income, including M40 due to the prolonged Covid-19 pandemic,” he said in a Facebook posting.
Thirdly, Asyraf said the phenomenon of bankruptcy among the people due to affected income and inability to service their loans will have negative bearing to the national economy and directly affect the operation and stability of the institution.
Fourth,  offering a moratorium will guarantee the stability of the financial system as well as prevent banks from facing the phenomenon of non-performing loans.
“Fifth, the capability of banking institutions to absorb any potential market shock are still strong and at international standards set by the IMF and Bank Negara Malaysia.
“Local banking institutions have a healthy level of capital and are able to support the country’s economic credit flow based on the Total Capital Ratio at 18.1% above the requirements of Bank Negara Malaysia (BNM), which is a minimum of 8% with Capital Excess Buffer at RM126.3 billion in February 2021.
“The sixth, level of liquidity of local banks is also at a healthy state based on BNM’s Liquidity Coverage Ratio report for the national banking system which is at 145.1% and exceeds the minimum requirement of 100% despite implementing moratorium 1.0 during PKP 1.0.
“Although there is an increase in the Provision for Credit Losses of national banking system month to month per se, it is still only 1.8% of the total financing (loans) of the system amounting to almost RM1.85 trillion,” he said.
He added that the implementation of the previous Moratorium 1.0 also did not affect the ability of banking institutions to generate profits and even most banks announced comfortable profits for the First Quarter of 2021 such as Maybank (RM2.39 billion), Public Bank (RM1.53 billion), Hong Leong (RM2.17 billion) RHB Bank (RM650.39 million), Bank Islam (RM202.46 million) and Affin Bank (RM68.94 million).
And seventh, the government-owned financing and credit agencies for the B40 group and Micro Enterprises such as Mara, Tekun, Amanah Ikhtiar Malaysia, SME Bank and others to implement a moratorium for their participants.