Parlimen Disaran Bersidang Secara Bersemuka Dengan Imuniti Berkelompok

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan mencadangkan agar sidang Parlimen dapat diadakan secara bersemuka dengan imuniti berkelompok.

Dalam satu perkongsian di Twitter awal pagi ini, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata ini memandangkan semua ahli Parlimen telahpun mendapat vaksinasi.

“Staf Parlimen wajar juga divaksinasi.

“Atau hanya staf Parlimen, pegawai dan media yang sudah disuntik vaksin dua dos sahaja boleh masuk,” ujarnya lagi.

Justeru itu katanya, tidak perlu kepada sidang hibrid dan ia juga boleh diamalkan untuk negeri-negeri bagi sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Minggu lalu, kerajaan sedang mengkaji konsep dan mekanisme ke arah pembukaan semula Parlimen secara hibrid yang membabitkan persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Sebelum ini, UMNO dan beberapa pihak konsisten menggesa kerajaan agar membuka kembali sidang Parlimen bagi membincangkan dan mencari jalan penyelesaian berkaitan kepentingan rakyat terutama ketika berhadapan dengan pandemik COVID-19. – UMNO ONLINE

Sec-Gen suggests Parliament session with herd community

KUALA LUMPUR, June 15 – Secretary-General Datuk Seri Ahmad Maslan suggests a parliamentary session be held face to face with the herd community.
In a Twitter posting today, the Pontian Member of Parliament said this is possible since all MPs had been vaccinated and all Parliament staff should also get vaccination.
“Only those already vaccinated, namely the Parliament staff, officials and the media members with two doses can enter,” he added.
Therefore, he said there is no need for a hybrid session and it can also be practiced at the State Assemblies.
Last week, the government said it was reviewing concepts and mechanisms towards the reopening of Parliament in a hybrid manner involving the Dewan Rakyat and Dewan Negara.
Earlier, Umno and several parties consistently urged the government to reopen the parliamentary session to discuss and find solutions related to the peoples’ interests of the people, especially the Covid-19 pandemic.