Kerajaan Masih Berat Hati Benarkan Bersidang… Parlimen Akan Terbubar Automatik? – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 28 Jun – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata wujud persoalan mungkinkah Parlimen akan terbubar secara automatik berdasarkan Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan.

Ia kerana katanya timbul pandangan Parlimen perlu bersidang semula dalam tempoh enam bulan selepas persidangan terakhir atau lebih tepat perlu bersidang selewat-lewatnya pada 29 Jun 2021 dan jika gagal berbuat demikian Parlimen dikatakan boleh terbubar secara automatik.

“Tetapi tampak seperti kerajaan PN masih berat hati benarkan Parlimen segera bersidang. Ke sana ke sini, pusing sana pusing sini.

“Walaupun Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu telah pun bertitah supaya Parlimen bersidang secepat mungkin.

“Terbaru Yang di-Pertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat kata Parlimen hanya boleh bersidang secara hibrid Ogos atau September 2021,” katanya dalam satu hantaran menerusi Facebook.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk menjelaskan ada juga yang menafikan pandangan Parlimen boleh terbubar secara automatik.

“Mereka kata negara dalam Ordinan Darurat maka Parlimen tidak boleh bersidang. Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan tidak terpakai.

“Tetapi Yang di-Pertuan Agong telah pun bertitah pada 24 Februari 2021 bahawa Parlimen boleh bersidang sepanjang tempoh darurat,” katanya lagi.

Seterusnya kata Ahmad Zahid lagi, maka adakah pihak mengatakan Parlimen tidak boleh bersidang semasa Ordinan Darurat mahu menidakkan titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.

“Benda senang jadi susah buat apa, benarkan Parlimen bersidang. Kalut itu kalut ini untuk apa? Sidang Parlimen hak rakyat lambang demokrasi,” ujarnya. – UMNO Online

Isn’t Parliament can dissolve automatically?

KUALA LUMPUR, June 28 – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said if the government is still dragging its feet on the reconvening of Parliament session, there is a possibility the House will dissolve automatically based on Article 55 of the Federal Constitution.
There were views that the Parliament should reconvene within six months after the last session or more precisely it should convene no later than June 29, 2021 and if it fails to do so, it will dissolve automatically.
However, he said it looks like the PN government is still reluctant to convene it immediately by giving so many excuses.
“Although the Yang di-Pertuan Agong and the Malay Rulers have said the Parliament must resume soon, there is no sign the government will oblige. The latest is, Speakers of Dewan Negara and Dewan Rakyat said Parliament can only sit in a hybrid manner in August or September,” he said in a FB posting.
The Bagan Datuk MP lamented at those who denied that Parliament can be dissolved automatically.
“They say the country is still under Emergency Ordinance, so Parliament cannot sit. Article 55 of the Federal Constitution does not apply.
“But The King has already said on February 24 that the Parliament can sit during the emergency period. They refuted what The King said.
“Its so simple, just reconvene the Parliament. What is stopping them? It is a symbol for the people’s rights and democracy,” he said.