Zahid sokong perlembagaan Nafas digantung

PENGGANTUNGAN perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) awal bulan ini tiada kaitan politik kononnya Amanah mahu menguasai badan itu dengan membuang “orang UMNO”, kata Datuk Seri Mohamad Sabu.

Mohamad, yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, berkata penggantungan itu telah dibincang bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi, lalu dipersetujui bagi perubahan tatakelola.

“Spekulasi yang dimainkan ialah Amanah mahu kuasai Nafas dengan membuang semua orang Umno dalam Nafas…ia (sebenarnya) tiada kena-mengena dengan politik dan Datuk Seri Ahmad Zahid (juga) bersetuju dan sokong (bahawa ia tidak membabitkan politik).

“Kita mahu membuat perubahan tatakelola yang lebih baik,” katanya menurut Bernama pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Amanah Perak 2024, di Ipoh, semalam.

Perlembagaan Nafas digantung berkuat kuasa 1 Nov bagi menambah baik tatakelola dan tadbir urus pertubuhan berkenaan dengan arahan dikeluarkan di bawah Seksyen 20 (1) Akta Pertubuhan Peladang 1973 susulan konflik dalaman dan ketidakharmonian yang telah menjejaskan operasi serta fungsinya.

Khamis lalu, bekas ketua pengarah perkhidmatan awam, Zainal Rahim Seman dilantik sebagai pengerusi majlis penasihat Nafas.

Sementara itu, Mohamad berkata ahli majlis penasihat baharu merangkumi pengerusi, tiga orang anggota majlis penasihat, dan lima orang pentadbir telah menjalankan tugas dan akan merangka struktur serta reformasi baharu Nafas.

Zahid supports suspension of Nafas constitution

THE suspension of the constitution of the National Farmers’ Organisation (NAFAS) is not politically motivated, said Agriculture and Food Security Minister Mohamad Sabu.

He said the decision was made after a discussion with Deputy Prime Minister Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“The speculation being spread is that AMANAH (Parti Amanah Negara) wants to dominate NAFAS by removing all UMNO people in NAFAS… it has nothing to do with politics and it (suspension) was agreed and supported by Datuk Seri Ahmad Zahid.

“It is to improve the management and governance of the organisation,” he told a press conference after opening the Perak AMANAH convention here on Sunday.

The constitution of the National Farmers’ Organisation (Nafas) has been suspended effective Nov 1.

The order was issued by the Director-General of the Farmers’ Organisation Authority, Amir Matamin, acting as the Registrar of farmers’ organisations under Section 20(1) of the Farmers’ Organisations Act 1973 (Act 109).

Last Thursday, former Public Service director-general Tan Sri Zainal Rahim Seman was appointed as NAFAS Advisory Council chairman. — Bernama