Ramai ingin sertai UMNO semula, kata Asyraf

SETIAUSAHA Agung UMNO, Datuk Wira Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengesahkan ahli yang keluar parti mahu ‘rujuk’ semula dengan mengemukakan permohonan kepadanya.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan individu berkenaan, namun mengesahkan ramai bekas ahli khususnya yang menyertai parti lawan mengutuskan permohonan untuk kembali kepada UMNO.

“Ramai yang dahulunya keluar parti dan menyertai parti lawan sudah menghantar permohonan untuk menyertai semula UMNO,” katanya.

Beliau mengulas kemungkinan UMNO akan mempertimbang untuk menarik semula penggantungan keahlian terhadap Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan.

Ia susulan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memutuskan penggantungan keahlian bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman ditarik serta merta berkuat kuasa kelmarin.

“Setakat ni pejabat tidak menerima apa-apa surat permohonan daripada mereka (Hishammuddin dan Shahril),” katanya.

Tajuddin sebelum ini digantung keahlian selama enam tahun bermula September 2022 kerana kesalahan mengkritik parti.

Hishamuddin dan Shahril antara nama besar dalam kepemimpinan UMNO yang digantung keahlian selama enam tahun.

Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin antara sosok berpengaruh dalam UMNO yang dipecat parti itu pada 27 Januari tahun lalu.

 

They want to rejoin Umno, says Asyraf Wajdi

UMNO secretary-general Asyraf Wajdi Dusuki said many who have left the party are now applying re-entry into Umno.

However, he refused to name them but confirmed has received some applications.

“Many personel who left us are sending in their application to rejoin Umno,” he said today.

He said this when commenting on the possibility of Umno revoking the suspension of Sembrong Member of Parliament Hishammuddin Hussein and former information chief Shahril Hamdan.

Umno Supreme Council in its meeting on Monday has lifted the suspension of former Pasir Salak parliamentarian Tajuddin Abdul Rahman with immediate effect.

“We have not received any official application from them (Hishammuddin and Shahril,” Asyraf said.

Tajuddin was under 6-year suspension beginning September 2022 for his criticism of the party.

Hishammuddin and Shahril, also suspended for six years, are two prominent names in Umno.

Former Rembau Member of Parliament and Health Minister Khairy Jamaluddin is among a few sacked from the party on January 27 last year.