Hari Ini Sejarah Hitam Dewan Rakyat

Timbalan Menteri JPM (Undang-Undang), YB Mohamed Hanipa Maidin telah menjatuhkan maruah Kerajaan Pakatan Harapan dengan bersikap tidak matang dan menggunakan ruang beliau membuat penggulungan perbahasan RUU Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) dengan provokasi yang tidak perlu, di mana beliau langsung tidak profesional dalam menjawab isu-isu serta persoalan yang telah dibangkitkan di sepanjang perbahasan Ahli Dewan Rakyat selama 2 hari.

Saya amat merasa kecewa akan kejadian ini, termasuklah sedih kerana seorang pemimpin yang tertinggi di dalam Kerajaan Malaysia bersikap begini di dalam Dewan yang penuh mulia.

Ahli Parlimen Pembangkang juga telah membantah pemansuhan Undang-Undang Antiberita Tidak Benar ini dengan undian belah bahagian. Alhamdulillah walaupun tewas undian sebentar tadi, petang ini Ahli Parlimen BN, PAS & GPS bersatu hati dalam memberikan undian tidak bersetuju dengan RUU ini.

Inilah permulaan yang baik bagi pihak Pembangkang, untuk terus berjuang dengan penuh semangat dalam membangkitkan isu-isu rakyat.

Dato’ Seri Mahdzir Khalid
Ketua Whip Ahli Parlimen Barisan Nasional
Ahli Parlimen Padang Terap
Naib Presiden UMNO

9 Oktober 2019


Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.