IPCMC: Kerajaan Pakatan Harapan Ketandusan Dasar Serta Polisi

SEMALAM, saya turut berpeluang untuk terlibat dalam sesi perbahasan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) yang amat kontroversi, kerana RUU ini dibentangkan dan mendapat tentangan hebat dari Ahli Parlimen Pembangkang bahawa RUU ini tidak perlu disegerakan untuk diluluskan, sebaliknya harus diperhalusi dengan pihak PDRM dan berkepentingan yang lain, dan akhirnya Kerajaan akur untuk membawa RUU IPCM ke Jawatankuasa Pilihan Parlimen sebelum dibentangkan semula ke dalam Dewan Rakyat.

Saya juga menzahirkan kebimbangan saya sekiranya RUU IPCMC tidak diperhalusi dengan baik, akan memberikan kesan yang negatif kepada PDRM. Saya turut menegaskan RUU IPCMC perlu meletakkan secara terang mengenai keanggotaan ahli-ahli IPCMC yang mempunyai pengetahuan mengenai bidang tugas dan tanggungjawab seorang polis dan RUU IPCMC sewajarnya menggariskan mengenai proses rayuan yang boleh diambil oleh anggota yang dijatuhkan hukuman bersalah oleh IPCMC termasuk memasukkan kuasa mahkamah untuk membuat semakan terhadap keputusan yang telah dibuat oleh IPCMC.

Semoga tiada mana-mana rakyat Malaysia yang terpaksa menerima kesan tidak baik akibat ketidakcekapan tadbir urus dan ketandusan dasar serta polisi Kerajaan Malaysia Baru.

Dato’ Seri Mahdzir Khalid
Ahli Parlimen Padang Terap
Naib Presiden UMNO

8 Oktober 2019


Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *