Kenyataan Media Bersama UMNO-PAS

“BERITA MALAYSIAKINI ADALAH TIDAK BENAR”

1. Kenyataan ini merujuk kepada suatu pelaporan Portal berita Malaysiakini bertarikh 29 Julai 2019 yang bertajuk “UMNO sedia serah kerusi tradisi kepada PAS”.

2. Laporan tersebut menyebut kononnya PIAGAM UMNO PAS turut memuatkan persetujuan pembahagian kerusi di antara kedua-dua parti dengan nisbah yang tertentu.

3. Adalah ditegaskan bahawa LAPORAN TERSEBUT ADALAH TIDAK BENAR SAMA SEKALI.

4. PIAGAM UMNO PAS yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Perunding kedua-dua parti langsung tidak menyentuh soal pembahagian kerusi. Sebaliknya dipersetujui UMNO dan PAS mempunyai mekanisma tersendiri mengenai perkara ini.

5. Justeru, semua pihak dipinta tidak membuat sebarang spekulasi liar tentang PIAGAM UMNO PAS sebaliknya menunggu hari pelancarannya pada 14 September 2019 nanti.

Sekian, terimakasih.

Tan Sri Annuar Musa
Setiausaha Agung
UMNO MALAYSIA

Dato’ Takiyuddin Hassan
Setiausaha Agung
PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS)

30 hb. Julai 2019


Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.