Kenyataan Media Bersama UMNO-PAS

KENYATAAN MEDIA BERSAMA SETIAUSAHA AGUNG UMNO-PAS BERHUBUNG PIAGAM MUAFAKAT DI ANTARA KEDUA-DUA PARTI.

UMNO dan PAS telah mencapai kata sepakat untuk berkerjasama (berta’awun) antara satu dengan lain dalam mengharungi cabaran arus perdana politik tanah air.

Untuk itu, kedua-dua parti telah memuktamadkan dan akan memeteraikan SATU PIAGAM BERSAMA dan SATU MEMORANDUM PERSEFAHAMAN yang telah siap digubal oleh satu jawatankuasa bersama yang diwujudkan sebelum ini.

Kedua-dua parti juga telah bersetuju untuk mengadakan satu MAJLIS MENANDATANGANI PIAGAM pada Hari Sabtu, 14 September 2019, jam 11 pagi bertempat di DEWAN MERDEKA, PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA (PWTC), KUALA LUMPUR.

Kedua-dua parti memutuskan PIAGAM INI AKAN DITANDATANGANI SENDIRI OLEH PRESIDEN KEDUA-DUA PARTI.

Majlis bersejarah ini akan dihadiri oleh semua pemimpin UMNO dan PAS dari seluruh negara.

Tan Sri Annuar Musa
Setia Usaha Agung
UMNO MALAYSIA

Dato’ Takiyuddin Hassan
Setia Usaha Agung
PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS)
25 hb. Julai 201


Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.