Pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan: Mahasiswa Dan Pelajar Perlukan Perhatian

Fasa Ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 15hb April hingga 28hb April 2020, bukanlah bertujuan untuk membebankan rakyat sebaliknya menunjukkan komitmen dan keseriusan kerajaan untuk memerangi wabak Covid-19.

Rentetan daripada pelanjutan PKP, saya berpandangan kerajaan perlu menyelesaikan beberapa isu dan keperluan yang berkait dengan mahasiswa dan pelajar iaitu:

1. Mahasiswa di IPTA/IPTS

• Menyediakan pengangkutan bagi menghantar pulang mahasiswa dan mahasiswi yang terkandas di IPTA/IPTS ke kampung halaman. Saringan perlu dilakukan terlebih dahulu bagi memastikan mereka sihat dan bebas daripada COVID-19. Penghantaran ini juga tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) keselamatan.

• Menempatkan Kaunselor di IPTA dan IPTS bagi membantu para pelajar menguruskan stress dan gangguan emosi.

2. Pelajar Sekolah Menengah dan Rendah

• Menyediakan platform pembelajaran yang mampu diakses oleh semua pelajar di bandar dan luar bandar dan tidak hanya bergantung kepada aplikasi teknologi internet sahaja.

• Kementerian Pendidikan dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia bekerjasama mewujudkan platform saluran Televisyen Pendidikan bagi para pelajar mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran.

• Merangka dan menyusun kembali takwim pendidikan yang baharu bagi memastikan para pelajar bersedia dengan perubahan yang berlaku dan silibus dapat dihabiskan.

3. Kelonggaran Pelaksanaan #PKP Untuk Kawasan Tertentu

Kerajaan disaran untuk pertimbangkan kelonggaran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di kawasan berisiko rendah agar aktiviti ekonomi dan akvititi harian dapat dilakukan seperti biasa mengikut kaedah dan prosedur operasi standard (SOP) keselamatan dan kesihatan.

Semoga kita diberikan ketenangan dengan pelanjutan PKP ini dan keadaan akan beransur pulih seperti sedia kala.
Kepada Allah S.W.T kita berserah.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Presiden UMNO
Ahli Parlimen Bagan Datuk


Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.