Hayati Perjuangan Untuk Berkhidmat Pada Rakyat, Ketepikan Kepentingan Peribadi

CINTAKAN Negara… Ideologi & Kepentingan Peribadi?

Sekarang dalam negara panas isu Pemastautin Tetap (Permanent Resident/PR) dan juga lompat parti… Luar negara pula China telah luluskan resolusi yang dianggap kontroversi iaitu ‘pemerintahan patriot Hong Kong’ yang akan memperketat kawalan terhadap bandar itu.

Saya secara amnya amat setuju dengan apa yang kerajaan China buat kerana resolusi menentukan kepada sesiapa yang hendak menawarkan diri untuk menjadi wakil rakyat di Hong Kong mestilah mempunyai sifat yang sayangkan negara dan Bangsa China. Inilah perkara yang mesti kita ambil dan kaitkan dengan apa yang berlaku kepada situasi dalam negara kita.

Lihatlah sejak kebelakangan ini apabila ada individu yang menawarkan diri untuk menjadi wakil rakyat hanya kerana mementingkan ideologi sendiri, mahukan sama rata dan menuntut banyak kebebasan atas macam-macam alasan. Inilah masalahnya apabila gagal menghayati konsep negara bangsa pembinaan Malaysia.

Sepatutnya, semua warga Malaysia maklum bahawa negara ini hanya akan berjaya jika kita memahami demografi rakyatnya yang berbilang kaum, berlainan agama dan memiliki cara kehidupan yang berbeza. Kita masyarakat majmuk yang hidup atas kebersamaan kesatuan dalam kepelbagaian. Bukannya menuntut hak masing-masing yang hanya akan merosakkan kesejahteraan.

Rakyat kita pun belum matang malah konsep demokrasi di negara kita adalah demokrasi yang terpimpin, bukan demokrasi mutlak. Tugas wakil rakyat juga bukan saja untuk berkhidmat atau memberikan bantuan tapi juga mesti menunjukkan kefahaman, bukan dari segi ideologi saja tapi juga tindakan.

Sayangkan negara, melaksanakan tanggungjawab dan amanah kepada rakyat yang telah memilihnya, membawa perubahan dan berani membela masyarakat setempat adalah keutamaan wakil rakyat.

Janganlah jadikan rakyat sebagai percaturan batu loncatan untuk kepentingan peribadi sendiri. Kita lihat sahaja kepada parti-parti tertentu yang kebanyakan wakil rakyatnya bukan dari kawasan yang dia wakili, lepas satu pengal berubah atau berpindah ke kawasan lain meninggalkan janji pilihan raya tidak ditunai.

Berhijrah dari satu Parlimen ke Parlimen lain setiap kali pilihan raya misalnya dari Parlimen Kota Melaka ke Petaling Jaya, kemudian ke beralih ke Utara di Parlimen Tanjong, berpindah ke Ipoh Timur dan selepas itu ke Selatan di Gelang Patah dan Iskandar Puteri.

Ada juga yang dari Kota Raja ke Ampang dan kemudian ke Kuala Langat tapi melompat pula menyokong pihak lain selepas pengundi memilihnya atas parti yang didukung sebelum ini.

Apa jasa dan khidmat kepada rakyat setempat? Kelirukan masyarakat, lakukan manipulasi dan persepsi, tuduh itu ini dalam Parlimen dan kemudian catur semula mana kawasan yang boleh dimenangi.

Sedangkan kepedulian mesti kepada rakyat di tempat tinggal mereka, menyelami dan memahami maka barulah tahu apa yang terbaik untuk rakyat. Bukan mencipta manipulasi atas nama iltizam globalisasi tapi rakyat terpaksa jadi galang ganti mangsa politik peribadi.

Jika melihat kepada tindakan wakil rakyat yang tak matang dan gagal menghayati makna sebenar perjuangan, maka saya agak risau sekiranya hak mengundi umur 18 tahun dilaksanakan. Apatah lagi sebelum ini pengundi juga pernah memilih wakil rakyat orang muda dan menjadi menteri termuda namun malangnya gagal pula menjadi ikon yang wajar dicontohi.

Ketepikanlah emosi kerana amanah wakil rakyat bukan hanya menjaga rakyat tapi juga membina negara. Janganlah mudah terikut-ikut dengan acuan luar kerana Malaysia terbina atas Perlembagaan sendiri, bukan dari negara-negara Barat atau mana-mana pihak pun.

Mahukan negara maju mestilah berteraskan rakyat yang matang dan rakyat sendiri juga mesti bijak menilai kerana kesannya bukan hanya bangsa dan negara malah agama juga jadi permainan.

Barangkali kerana itulah, resolusi ‘pemerintahan patriot Hong Kong’ diluluskan di Parlimen dengan 2,895 melakukan pengundian dan tiada undian yang menentang kerana melalui resolusi calon yang dipilih mentadbir Hong Kong, mesti mencintai negara China dan menjunjung Perlembagaan pemerintah.

Wakil rakyat silalah hadam…

TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR
Bendahari UMNO

Serve the people, discard personal interest

LOVE for the country – Ideology & Personal Interests…
THE Permanent Resident (PR) and party-hopping are two boiling issues in the country presently.  Abroad, China has passed a resolution deemed as  controversial which will put Hong Kong under strict supervision under the ‘patriot rule’.
I strongly agree with what the Chinese government is doing because the resolution stipulates that anyone who wants to offer themselves to be an elected representative in Hong Kong must loves the country and China. This is something we must take and relate to the situation in our country.
Look at the recent times when there are individuals who offer themselves as elected representatives just because they only believe in their own ideology, championing so-called equality and demand a lot of freedom for various reasons. This is the problem when they failed to recognise the concept of the nation-state of Malaysia.
All Malaysians should know that this country will only succeed if we understand the demographics of its people who are multi -racial, multi-religious and have a different way of life. We are a plural society that lives on the unity of diversity, and not by confiscating each other’s rights.
Our people are not mature, in fact, for the concept of democracy in our country is a guided one, not an absolute democracy. The duty of the people’s representative is also not only to serve or provide assistance but must also show understanding, not only in terms of ideology but also action.
Loving the country, carrying out responsibilities and trust to the people who have elected it, bringing about change and ready enough to defend the local community are the priorities of those elected representatives.
Do not make the people a stepping stone for personal gain. We only look at certain parties where most of the elected representatives are not from the constituency he represents, will hop to another constituency after one term, migrating from one Parliament to another Parliamentary constitution at each and every election.
For example, they will move from Kota Melaka to Petaling Jaya, then to Tanjong,  Ipoh Timur and then to Gelang Patah and Iskandar Puteri. There are also those from Kota Raja who moved to Ampang and then to Kuala Langat but later on jumped to support other parties over personal gain.
What are their services to the locals? Only causing much confusion, manipulation and perception!
If you look at the immature actions of elected representatives who failed to comprehend the true meaning of the struggle, I am worried if the right to vote at the age of 18 is implemented. What’s more, the voters had elected young people as their reps and became the youngest minister who fumbled and failed to become an icon.
Put aside emotions because the representative is not only to take care of the people but also to build the country. Do not easily emulate the external mold because Malaysia is built on its own Constitution, not similar to that of the West or any other party.
Developing the country needs mature and wise people. This is not a game.
For that, the ‘Hong Kong patriot rule’ resolution which garnered 2,895 at the Parliament was not opposed. To our reps, please digest…

TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR
UMNO Treasurer