UMNO Tolak Darurat, Anggap Cadangan MAGERAN Untuk Kepentingan Pihak Tertentu – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 11 Jun – UMNO mengambil pendirian agar Darurat yang sedang berkuatkuasa sekarang, ditamatkan selepas 1 Ogos dan Parlimen dapat diteruskan seperti biasa.

Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu telah disampaikan beliau sendiri sewaktu diperkenan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Al-Billah Shah di Istana Negara, pagi ini.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, tanpa Proklamasi Darurat pun Kerajaan masih mempunyai kemampuan untuk menguruskan soal berkaitan COVID-19 serta isu-isu lain yang berkaitan.
“Tentang pendirian UMNO, kami telah mempersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong supaya Darurat tidak diteruskan selepas 1 Ogos kerana kemudaratannya lebih besar pada negara, dan ternyata tanpa Darurat pun dahulu Kerajaan masih boleh uruskan isu berkaitan pandemik COVID-19.

“UMNO juga membawa suara rakyat yang rata-rata resah gelisah dalam menghadapi pandemik COVID-19, sehingga menjejaskan mata pencarian dan pendapatan ekonomi mereka,” katanya kepada media di luar perkarangan Istana Negara.

Terdahulu, bekas Timbalan Perdana Menteri itu tiba di Pintu Dua, Istana Negara kira-kira 9.55 pagi bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong dan meninggalkan perkarangan Istana Negara kira-kira 11 pagi.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, UMNO berpendapat Parlimen wajar bersidang bagi memastikan sistem demokrasi negara dapat dipertahankan, dan wujud elemen akauntabiliti dan serta semak dan imbang dalam segala aspek berkaitan dengan pentadbiran negara.
“UMNO berpendapat Parlimen amat penting sebagai platform rasmi menyuarakan suara hati rakyat berkenaan dengan kepentingan mereka seperti tuntutan moratorium, kenaikan harga barang yang mendadak, i-Sinar 2.0, i-Lestari 2.0 dan pelbagai bantuan untuk semua yang tidak terhad kepada B40 sahaja tetapi membangkitkan dan libatkan kumpulan M40, malah di kalangan T20 juga turut terjejas.

“Maka kita rasakan bahawa aspek ekonomi sama ada foreign direct investment (FDI) yang telah dilokasikan di negara-negara jiran… tetapi yang lebih penting lagi domestic direct investment (DDI) yang harus digalakkan dengan pelbagai insentif dari pihak kerajaan,” katanya lagi.

Ditanya sama ada beliau turut membangkitkan mengenai cadangan penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), Ahmad Zahid berkata perkara itu tidak dibincangkan dengan Agong.

Tegasnya lagi, penubuhan MAGERAN adalah sesuatu yang di luar keadaan norma, dan sepatutnya Darurat sudah mencakupi langkah yang perlu dilakukan melalui Majlis itu.

“Saya rasakan bahawa perkara itu adalah salah satu daripada keadaan norma yang di luar daripada apa yang sedia ada… kerana Darurat patutnya mencakupi soal-soal itu. Tapi ianya telah (cuba) digunakan untuk mencapai tujuan lain,” katanya lagi.

MAGERAN is for self-vested interest

KUALA LUMPUR, June 11 – Umno has made it clear that the state of Emergency must end after August 1 and the Parliament session allowed to resume.
Its president Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said the matter was cited to the Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Al-Billah Shah at the Istana Negara, this morning.
The Member of Parliament for Bagan Datuk said even without the Proclamation of Emergency, the government still has the ability to manage issues related to Covid-19 and other related issues.
In his audience before the Yang di-Pertuan Agong, he explained that the Emergency should not continue after August 1 because it will only harm the country intensely.
“UMNO also air the people’s predicaments whose livelihood was badly affected by lockdown and the pandemic,” he told the media outside the Istana Negara compound.
The former Deputy Prime Minister arrived at Gate 2 Istana Negara at about 9.55am and left at 11am.
Zahid is also of the opinion that Parliament should convene to ensure that the country’s democratic system can be defended, and that there is an element of accountability and check and balance in all aspects related to the country’s administration.
“To Umno, the Parliament is very important as an official platform to resolve and look after of the people interests such as the moratorium, sudden increase in prices of goods, i-Sinar 2.0, i-Lestari 2.0 and various assistances for all which is not limited to B40 only but the M40. Even those in T20 were also affected.
“The national economy is our concern since some big companies and foreign investors are relocating to neighboring countries. That is why its important the government comes out with better incentives to woo domestic direct investment (DDI) and also FDI,” he added.
Asked whether he also raised the idea to set up a National Movement Council (MAGERAN), Zahid said the matter was not discussed with the King.
“Strictly speaking, MAGERAN at present is something outside the norm and should the Emergency already covers all areas, then it should be addressed within the Council.
“I think the matter is one of those normative situations that is beyond what is already there… because the Emergency should answer those questions. But those asking it can be construed as having self-vested interest,” he said.