KUALA LUMPUR, 22 Jun – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menerima kunjungan hormat Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing di Ibu Pejabat UMNO, di sini hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) mengadakan pertemuan lebih satu jam yang bermula pada pukul 11.30 tengah hari.
Berlangsung dalam suasana mesra ianya didahului jamuan ringan yang kemudian disusuli perbincangan berkaitan isu-isu semasa.
Pertemuan tersebut antara lain menyaksikan perbincangan berkenaan hubungan terjalin di antara UMNO dan kerajaan lalui iaitu Barisan Nasional (BN) dengan Negara China yang telah memasuki ke-48 tahun.
“BN akan memulihkan keyakinan pelabur asing dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kita perlukan negara sahabat sebagai sokongan.
“Perbincangan juga menyentuh mengenai peranan Malaysia sebagai adalah salah satu rakan dagang utama China dalam kalangan negara Asean meskipun dilanda pandemik COVID-19.
“Hubungan China dan Malaysia juga perlu mematuhi sentimen diplomatik dan sensitiviti untuk kesejahteraan rantau ini,” memetik kenyataan yang diberikan.
Pada akhir pertemuan terbabit, Ahmad Zahid dan Yujing melakukan pertukaran cenderamata.
Turut hadir Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan serta Pengarah Bahagian Politik, Pei Gui Chui. – UMNO Online