KUALA LUMPUR, 14 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpandangan tindakan segelintir pihak yang menuntut jawatan dalam Kabinet merupakan adalah suatu yang tidak matang.
Jelas beliau, ini kerana kerana keutamaan pada masa ini adalah berpijak kepada realiti iaitu menangani krisis yang dihadapi rakyat.
“Dalam keadaan sekarang politik yang dimainkan haruslah berpijak kepada realiti semasa rakyat. Politik ugut mengugut, politik menuntut jawatan yang datang dan timbul secara tiba-tiba tidak seharusnya mewarnai arena politik negara.
“Perlu lebih realistik menilai keperluan semasa. Yang diperlukan memulih ekonomi semasa, kerajaan yang lebih dengan mandat rakyat bukannya menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) ketika isu ekonomi rakyat perlu diberikan diutamakan, bukannya jawatan TPM.
“… yang wajar dituntut ialah mandat rakyat melalui pilihan raya bagi menangani ketidaktentuan politik agar kestabilan politik terhasil, dasar ekonomi yang lebih kukuh dan mampu menarik minat pelabur,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Berbeza dengan pendekatan yang dibawa UMNO, beliau berkata parti keramat ini akan sentiasa membawa asas perjuangan yang didukung sejak awal penubuhannya.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu menambah meskipun berdepan pelbagai cabaran namun ianya diatasi atas semangat perpaduan dalam kalangan pemimpin dan ahli parti.
“Pada masa sama, dikhabarkan ada pula memorandum persefahaman (MoU) di antara Perikatan Nasional dan Perdana Menteri untuk melantik TPM daripada PPBM.
“Begitu banyak cerita sensasi, kontroversi dan fitnah, tohmahan serta provokasi yang dilakukan. Mungkin semuanya adalah kebiasaan sepak terajang politik.
“UMNO sebagai sebuah parti tertua negara dan sebuah parti terbesar orang Melayu telah melalui pelbagai konflik akan sentiasa lebih matang dan bijaksana dalam menguruskan apa-apa sahaja sepak terajang politik yang melibatkan UMNO.
“Paling utama bagi saya dan juga kepimpinan utama parti adalah kebersamaan dan ukhuwah harus dijaga. Parti ini akan sentiasa matang dan tetap bersedia untuk mengemudi orang Melayu, bumiputera dan rakyat Malaysia terutama sekali dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 kelak,” tegas beliau. – UMNO Online