UMNO Sabah sedang membuat persediaan bagi menghadapi kemungkinan pilihanraya negeri itu diadakan lebih awal, kata pengarah pilihanraya negeri Jeffery Nor Mohamed.
Walaupun tempohnya tamat Oktober tahun depan, Jeffery berkata pihaknya menjangka ia boleh diadakan mulai sekarang hingga Februari depan, lebih-lebih ada isyarat sedemikian daripada pihak pembangkang.
“Kita mesti proaktif agar tidak terperangkap di saat-saat akhir,” katanya ketua UMNO Putatan itu.
Bulan lepas, Ketua Menteri Hajiji Noor membayangkan pilihanraya negeri boleh diadakan sebelum penggalnya tamat.