Anwar Ibrahim appreciates Umno, Zahid

PRIME Minister Anwar Ibrahim has reiterated his appreciation for the leadership of parties within the Unity Government, which he said continues to uphold the administration’s stability.

The PKR president said that party leaders, especially UMNO president Ahmad Zahid Hamidi, have demonstrated strong commitment by not entertaining any attempts to disrupt the government’s stability.

“We must appreciate the support of our partners, particularly UMNO led by Ahmad Zahid, as well as GPS (Gabungan Parti Sarawak) and GRS (Gabungan Rakyat Sabah), who have not entertained any efforts to undermine the existing harmony.

“The challenges faced by our partners, especially UMNO, are far more complex. They have endured painful episodes of electoral defeat and betrayal that are significantly more challenging than what we have experienced,” he said.

In his speech at the opening of the Selangor PKR Divisions, Women’s Wing and Angkatan Muda Keadilan (AMK) annual general meetings Sunday, Anwar urged all PKR members and leaders to value the cooperation, spirit and consensus demonstrated by the leadership of parties within the Unity Government, particularly UMNO.

In his speech, Anwar also expressed his gratitude to the Sultan of Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah in instructing all parties not to debate the Addendum Decree issue and to respect the legal process.

He said the Sultan’s decree effectively put an end to attempts by certain parties to exploit the issue.

Yesterday, during the Himpunan Pahang Bermunajat Raja Berdaulat programme in Kuantan on Thursday night, Al-Sultan Abdullah decreed that all parties should refrain from further debating the Addendum Decree as it is already under legal proceedings.

On the upcoming PKR elections expected in May, Anwar said leadership at the division level should not be dominated by any particular ethnic group, in line with the party’s principle of inclusivity.

“I urge all members to understand this. Ensure representation from all communities. Some divisions may have 20 per cent Chinese and 10 per cent Indian members, while others may have none at all.

“This should be considered in the elections in line with the spirit of the Constitution,” he said.

Anwar also urged candidates contesting party positions not to misuse government positions but to rely on their own strengths, principles and capabilities.

 

Anwar Ibrahim hargai UMNO, Zahid Hamidi

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.
Presiden PKR itu berkata kepimpinan parti terutamanya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO menunjukkan komitmen tinggi dengan tidak melayan sebarang cubaan merosakkan kestabilan kerajaan sedia ada.
“Kita harus hargai sokongan rakan-rakan kita terutamanya UMNO diterajui Ahmad Zahid serta GPS dan GRS yang langsung tidak melayan segala cubaan merosakkan kerukunan yang ada.
Apa (cabaran) yang diharungi rakan-rakan kita khususnya UMNO jauh lebih rumit, mereka lalui episod yang amat pedih dengan kekalahan (dalam pilihan raya) dan pengkhianatan yang jauh lebih besar dan mencabar daripada yang kita lalui,” katanya.
Justeru Anwar dalam ucapannya semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang, Wanita, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor di sini malam ini mahu setiap ahli dan kepimpinan PKR menghargai kerjasama, semangat dan muafakat yang ditunjukkan kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan, khususnya UMNO.
Dalam pada itu, Anwar dalam ucapan beliau turut menjunjung kasih titah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya semua pihak menghormati proses undang-undang membabitkan Titah Adendum.
Beliau berkata titah Sultan Pahang itu sekali gus mematikan usaha sesetengah pihak yang cuba menunggang isu Titah Adendum.
Semalam, Al-Sultan Abdullah yang berangkat ke Program Himpunan Pahang Bermunajat Raja Berdaulat di Masjid Negeri di Kuantan menitahkan agar semua pihak tidak berterusan membahaskan soal Titah Adendum kerana perkara itu sudah berada di bawah proses undang-undang.
Mengenai pemilihan PKR yang dijangka berlangsung Mei depan, Anwar berkata pimpinan bagi setiap Cabang PKR tidak harus didominasi oleh kaum tertentu selaras dengan asas parti berkenaan yang mementingkan inklusiviti dalam pentadbirannya.
“Saya minta rakan-rakan di semua peringkat harus faham, pastikan penyertaan semua (kaum), ada cabang mungkin 20 peratus Cina dan 10 peratus India tapi ada juga cabang yang langsung tiada Cina atau India.
“Jadi ini harus difikirkan dalam pemilihan supaya ia tak lari dengan semangat Perlembagaan,” kata beliau.
Anwar pada masa sama turut menyeru calon yang bakal bertanding bagi jawatan tertentu untuk tidak mengambil kesempatan dengan menggunakan jawatan yang diperoleh dalam kerajaan malah menggunakan kekuatan, prinsip dan kapasiti tersendiri.