BADAN Perhubungan UMNO Selangor sedia berunding dengan Pakatan Harapan (PH) dalam mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), termasuk kerjasama politik dan pembahagian kerusi di negeri itu.
Pengerusinya, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, perkara itu hanya akan dibincang bersama Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari sebelum penggal ke-15 Parlimen berakhir.
“Saya di Badan Perhubungan UMNO Selangor akan berbincang dengan Datuk Seri Amirudin, kita akan lihat established by, bila PRU baru berbincang,” katanya kepada pemberita, di Shah Alam, semalam.
Terdahulu beliau hadir pada majlis Perasmian Perwakilan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO Selangor 2025 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), di sini, malam tadi.
Dalam pada itu, Megat Zulkarnain berkata, setakat ini UMNO Selangor masih konsisten dengan pendirian presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk memastikan Kerajaan Perpaduan kekal sehingga PRU16.
“Itu yang selalu disebut oleh Presiden UMNO supaya perpaduan tidak digugat,” katanya.