UMNO Sabah menjelaskan bahawa sebarang keputusan Barisan Nasional pada masa ini tidak mencerminkan penolakan sepenuhnya untuk bekerjasama dengan mana-mana pada pilihanraya negeri akan datang.
Parti itu hanya perlu mengambil pendekatan lebih berhati-hati, kata ketua penerangan UMNO negeri, Datuk Suhaimi Nasir.
Dalam satu kenyataan di Kota Kinabalu, beliau berkata pendekatan berhati-hati itu perlu diambil bagi mengelakkan berulangnya peristiwa pahit pada masa lalu, terutamanya ketika PRN tahun 2020.
Ia dibuat berikutan respon kenyataan setiausaha agung parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Masidi Manjun bahawa partinya memiliki sentimen sama seperti BN Sabah menjelang PRN ke-17 nanti.
Bagaimanapun, Masidi berkata pihaknya belum membuat sebarang keputusan untuk bekerjasama dengan BN kerana belum diputuskan majlis tertingginya yang dijangka diadakan pada hujung bulan ini atau awal Julai.