MESYUARAT peringkat bahagian MCA akhir tahun ini akan membuat keputusan muktamad sama ada ingin kekal di dalam Barisan Nasional atau meninggalkan pakatan itu.
Ini ekoran meningkatnya rasa tidak puas hari pemimpin akar umbinya yang mendakwa parti itu dipinggirkan UMNO.
Menurut laporan The Straits Times, presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong memberitahu pemimpin peringkat bahagian yang bermula 1 Jun lalu agar mencari keputusan untuk kekal atau keluar dari BN.
Ketika dihubungi ST, Wee mengesahkan bahawa mereka akan mencari arah dalam isu itu tetapi beliau sendiri tidak dapat merumuskan atau meramal keputusan mereka nanti.
Sumber MCA berkata jika mereka memutuskan untuk keluar dari BN, ia boleh membentuk pakatan baharu dengan parti lebih kecil seperti MUDA dan Parti Sosialis Malaysia, malah mungkin menyertai Perikatan Nasional.
Sentimen untuk meninggalkan BN makin memuncak sejak akhir-akhir ini apabila BN enggan ‘berpisah’ dengan Pakatan Harapan.
Insiden terbaharu yang menjejaskan hubungan MCA dan UMNO ialah pada pilihanraya kecil Ayer Kuning di Perak pada April lalu apabila timbalan pengerusi DAP Nga Kor Ming dilihat bersama-sama penyokong UMNO melaungkan slogan ‘UMDAP Mantap!”