Muafakat UMNO-PAS, komitmen utama UMNO

Muafakat dan Kerjasama UMNO-PAS komitmen utama UMNO.

UMNO mengucapkan tahniah kepada Presiden, Timbalan Presiden, Naib Naib Presiden dan semua saf kepimpinan PAS yg telah terpilih di MUKTAMAR parti itu semalam.

UMNO juga mengalu-alu dan menyambut baik Ucapan Dasar Presiden PAS, khususnya menyentuh Piagam dan 5 Prinsip Kerjasama Politik PAS.

Umno ingin menegaskan sekali lagi bahawa MUAFAKAT DAN KERJASAMA POLITIK UMNO-PAS adalah juga menjadi fokus dan komitmen utama UMNO, dalam usaha memperbaiki kebobrokan politik dan pemerintahan negara masa ini.

Sebarang percubaan membuat spekulasi liar tanpa asas termasuk kononnya pimpinan UMNO sedang merundingkan penggabungan dengan parti lain adalah tidak benar.

UMNO akan teguh bermuafakat bersama PAS dan akan membuat perhitungan politik secara bersama berpandukan piagam dan kesepakatan yg termeterai di antara kedua-dua parti.

Muafakat UMNO-PAS akan menjadi asas kepada MUAFAKAT NASIONAL YG LEBIH BESAR DAN INKLUSIF agar membentuk satu usaha padu ke arah MERUBAH POLITIK DAN PEMERINTAHAN NEGARA supaya rakyat benar-benar terbela dan negara benar benar sejahtera.

Terima Kasih

Tan Sri Annuar Musa
Setiausaha Agung
UMNO Malaysia.
22/6/19


Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.