Penyatuan Ummah

Ada sesetengah pihak terutama ahli politik PH yang lantang mengkritik, mempersenda serta membuat provokasi bagi melemahkan semangat penyatuan ummah yang dimeterai oleh UMNO dan PAS.

Bagi saya, semua suara-suara sumbang itu adalah lambang kebimbangan mereka dan terjemahan rasa cemburu mereka. Mengapa? Kerana pandangan sempit berkisar politik kepartian semata-mata.

Malah, jika dinilai dari sudut politik kepartian nyata merekalah yang gagal dalam menyatupadukan bukan hanya dalam kalangan pakatan mereka sendiri bahkan dalam kalangan kepimpinan sesetengah parti Pakatan Harapan itu sendiri.

Mereka bersikap sinis dan berpendirian sempit yang hanya melihat dari sudut kerjasama politik Umno dan Pas. Walhal penyatuan ummah seperti yang dimaksudkan dalam Piagam Muafakat Nasional adalah lebih besar dari sebuah kerjasama politik.

Paling utama, Muafakat Nasional ini menjunjung prinsip Rukun Negara dan mewakili kepentingan kepelbagaian latar masyarakat di negara kita.

Masyarakat bukan Melayu dan Bumiputera serta bukan Islam tidak perlu bimbang dengan agenda Muafakat Nasional yang dimeterai semalam, 14 September 2019. Kepentingan dan hak saudara saudari semua tidak dipinggirkan malah selari dengan Perlembagaan Negara.

Usah termakan buruk sangka yang dilontarkan oleh mana-mana pihak yang curiga dengan pengisian Muafakat Nasional.

Marilah kita bersama-sama beriltizam dan berganding bahu demi kemakmuran rakyat keseluruhannya bertunjangkan perpaduan kaum serta demi Malaysia yang lebih baik! Insya Allah.

Datuk Seri Mahdzir Khalid
Naib Presiden UMNO

15 September 2019


Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.