Perkukuh Parti, UMNO Ada Tatacara Tersusun Nyatakan Pendirian

Pendirian enam Ahli Parlimen UMNO yang menyokong agar Perdana Menteri terus kekal hingga habis penggal, bukan pendirian rasmi UMNO. Ini selaras sebagaimana dinyatakan oleh YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO Malaysia.

Dan bagi mengelakkan kekeliruan, semua pihak mesti memahami bahawa UMNO punyai tatacara yang tersusun dalam menyatakan pendirian rasmi parti. Perkara ini mesti difahami dan dipatuhi.

Oleh yang demikian, kita semua mesti terus bersatupadu dan perkukuhkan UMNO. Fokus kita ketika ini ialah menghadapi PRK Tanjung Piai. BN mesti memenanginya.

YB DATO’ DR SHAMSUL ANUAR NASARAH
Ketua Penerangan UMNO Malaysia


Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.