Dobrze przemyslane kasyno online daje wieksza kontrole i pozwala skupic sie na rozrywce. Jako przyklad do porownania moze posluzyc visa kasyno online, ktory najlepiej ocenic pod katem licencji, platnosci i realnych opinii. Przejrzyste zasady wyplat i jasne limity to jeden z najlepszych dowodow uczciwosci kasyna. Wsparcie klienta warto sprawdzic zadajac konkretne pytanie i mierzac czas oraz jakosc odpowiedzi. Narzedzia takie jak samowykluczenie swiadcza o dojrzalym podejsciu operatora do gracza. Spojne i proste opcje pozwalaja szybko znalezc gre, promocje lub zasady wyplat. Jakosc serwisu poznaje sie po dostawcach oprogramowania, bo renomowani producenci dbaja o jakosc. Kasyno na zywo zyskuje popularnosc dzieki realnym krupierom. Darmowe spiny dodaja atrakcyjnosci, ale kluczowy bywa limit wygranej oraz gry, w ktorych mozna je wykorzystac. Dobrze zaprojektowany interfejs ulatwia nawigacje, zwlaszcza na mniejszym ekranie. W Polsce duze znaczenie ma wsparcie dla platnosci BLIK, dzieki czemu wplaty nie wymagaja przepisywania danych. Wazna kwestia jest zabezpieczenie danych, ktore powinno byc standardem u kazdego rzetelnego operatora. Rozsadny gracz zestawia nie sama wielkosc bonusu, lecz jego realne warunki. Weryfikacja tozsamosci bywa wymagana przed pierwsza wyplata, wiec nie nalezy sie tym zaskakiwac. Kasyno na zywo cieszy sie uznaniem dzieki atmosferze prawdziwego stolu. Odpowiedzialna gra powinna byc priorytetem, a limity wplat i czasu pomagaja zachowac kontrole. Bonusy wygladaja atrakcyjnie, jednak ich wartosc okresla warunek obrotu, ktory nalezy przeanalizowac przed rejestracja. Przejrzysta polityka odpowiedzialnej gry to sygnal, ze operator dziala uczciwie. Kluczowa kwestia jest szyfrowanie polaczenia, ktore powinno byc regula u kazdego rzetelnego operatora. Warto pamietac, ze to zabawa, a nie sposob na zarabianie. Dobrze zaprojektowany interfejs ogranicza frustracje, zwlaszcza na mniejszym ekranie. Automaty maja rozny charakter pod wzgledem zwrotu RTP i zmiennosci, dlatego warto je porownac. W Polsce istotna role ma wsparcie dla platnosci BLIK, dzieki czemu wplaty sa natychmiastowe. W Polsce istotna role ma natychmiastowy przelew mobilny, dzieki czemu wplaty nie wymagaja przepisywania danych. Metody platnosci powinny byc wygodne, a czas wyplaty to jeden z najwazniejszych parametrow. Przejrzysta polityka prywatnosci to sygnal, ze operator traktuje gracza powaznie. Rzetelna obsluga nie zbywa gracza, a nie odsyla do niekonczacych sie formularzy. Czytelna strona, prosta nawigacja i brak nachalnych reklam znaczaco poprawiaja komfort korzystania z serwisu. Jesli serwis nie zawiesza sie na smartfonie, gra staje sie znacznie przyjemniejsza. Na koniec warto zapamietac, ze spokojna, swiadoma decyzja chroni gracza bardziej niz pospiech. Nájdenie spoľahlivého online kasína potrebuje trpezlivosť, pretože pravidlá určujú konečný výber; je dôležité zachovať si rozvahu počas výberu dôsledne. Užitočný východiskový bod je najčastejšie online casino sms vklad, ak posudzuješ fakty rozvážne, bez toho aby si riešil len grafiku bez hlbšej analýzy. Live herná sekcia láka hráčov vďaka skutočným krupiérom, a rýchlosť spojenia ovplyvňuje celkovú atmosféru zásadne v každom kole. Kvalitná zákaznícka podpora rozhoduje, predovšetkým vtedy ak vzniknú otázky, a teda preto stála zákaznícka podpora pomáha vždy, keď treba rýchlo. Výplata výhier najzreteľnejšie odhalí férovosť kasína, a tak priaznivé výberové pravidlá vzbudzujú dôveru dlhodobo dôsledne. Bezpečné hranie by malo byť na prvom mieste, preto obmedzenia pre vklady vytvárajú zdravé hracie návyky pravidelne efektívne. Skutočná licencia je zvyčajne prvá vec, ktorú treba overiť, pretože preukazuje dohľad regulátora, čo poskytuje pocit bezpečia od prvého momentu; toto treba overiť v prvom rade. Vkladový bonus láka, ale skutočná hodnota ukáže sa v podmienkach bonusu, a preto je dobré ich dôsledne overiť pred vkladom. Platobné metódy by mali byť pohodlné, a rýchlosť transakcií zvyčajne naznačuje spôsob prevádzky, čoho je dobré venovať pozornosť pred vkladom. Kasíno zvyčajne ponúka rozsiahlu hernú ponuku, od jackpot hier až po blackjack, vďaka čomu osloví rôzne typy hráčov trvalo systematicky. Sekcia live hier priťahuje hráčov vďaka živému prenosu, a plynulosť obrazu utvára herný dojem zásadne počas celej relácie. Efektívna zákaznícka podpora rozhoduje, najmä vtedy keď nastanú nejasnosti, a preto non-stop podpora uľahčuje situáciu vždy, keď treba spoľahlivo. Výplata výhier najlepšie ukazuje dôveryhodnosť značky, a preto transparentné pravidlá výberov sú znakom kvality dlhodobo pravidelne. Zodpovedné hranie by malo byť prioritou, a tak herné limity napomáhajú zdravé hranie pravidelne spoľahlivo. Riadna licencia je spravidla prvá vec, ktorú treba overiť, pretože zaručuje jasné pravidlá, čo zaručuje pokoj v duši pred prvým vkladom; toto treba overiť predovšetkým. Registračný bonus vyzerá lákavo, ale skutočná hodnota nájde sa v podmienkach výberu, preto oplatí sa ich dôsledne overiť pred hraním. Možnosti platby by mali byť pohodlné, a rýchlosť výplaty väčšinou prezrádza prístup operátora, čomu všetkému je dobré venovať pozornosť pri výbere kasína. Kasíno spravidla ponúka rozsiahlu hernú ponuku, od tradičných výherných automatov až po poker, čo poteší každého hráča trvalo dôsledne. Live herná sekcia priťahuje hráčov vďaka reálnym krupiérom, a rýchlosť spojenia formuje zážitok z relácie zásadne nepretržite. Na záver odôvodnené rozhodnutie spočíva na konkrétnych faktoch a dátach; skúmaj dôkladne, ujasni si herné podmienky a zachovaj si kontrolu vo všetkých situáciách.

Presiden UMNO Ketiga

Tun Razak

24 Jan 1971 – 14 Jan 1976

Tun Abdul Razak Datuk Hussein (24 Jan 1971 – 14 Jan 1976)

Perdana Menteri Malaysia Kedua

Biografi

Tun Abdul Razak Bin Datuk Hussein yang juga dikenali sebagai ‘Bapa Pembangunan’ telah dilahirkan pada 11 Mac 1922 di Pulau Keladi, Pekan, Pahang. Nama Abdul Razak itu bermakna, ‘Hamba Allah’, maka benarlah beliau sentiasa memikir dan bekerja menurut suruhan Allah di mana sentiasa memikir dan berusaha membaiki kehidupan rakyat jelata. Bapa beliau digelar Orang Kaya Indera Shahbandar Datuk Hussein Bin Mohd Taib iaitu daripada keturunan pahlawan Sulawesi, Indonesia yang datang ke Tanah Melayu untuk berdagang dan kemudian menetap di Pahang. Ibu Tun Abdul Razak bernama Hajah Teh Binti Daud dan merupakan orang biasa. Tun Abdul Razak adalah daripada keluarga yang bertaraf bangsawan dan hidup dalam serba kemewahan. Oleh itu, keluarga beliau amat disegani di kalangan penduduk Pekan, Pahang.

Meskipun dilahirkan dalam keluarga bangsawan, Tun Abdul Razak menjalani kehidupan yang tidak berbeza daripada orang lain. Beliau dibesarkan secara sederhana keran bapanya tidak mahu beliau hidup dalam kemewahan. Di peringkat awal zaman kanak-kanak, beliau tinggal di Pulau Keladi, Pekan, Pahang iaitu rumah datuknya. Apabila bapa beliau telah dinaikkan pangkat dan dipindahkan ke Temerloh, Pahang, Tun Abdul Razak telah dihantar untuk tinggal bersama datuk sebelah bapanya di Kampung Jambu, Langgar, Pekan dalam suasana kampung yang penuh disiplin.

Pendidikan Awal

Di Sekolah Melayu Kampung Jambu Langgar inilah Abdul Razak mendapat pendidikan awal. Beliau terpaksa berulang alik sejauh empat batu dengan berjalan kaki dan berkaki ayam dari rumah ke sekolah. Sekolah Jambu Langgar tersebut berdindingkan papan, beratapkan nipah dan berlantaikan tanah. Pada hari hujan murid-murid tidak boleh belajar kerana atap yang bocor dan lantai yang becak. Walaubagaimanapun Tun Abdul Razak mampu menyesuaikan diri dalam apa jua situasi. Dari sekolah rendah lagi Tun Abdul Razak telah menunjukkan kemampuan yang cemerlang dalam bidang pelajaran. Setiap tahun beliau dapat menggondol hadiah-hadiah dalam kelas.

Sewajarnya beliau dihantar ke Maktab Melayu Kuala Kangsar iaitu sebuah sekolah untuk golongan bangsawan dan berada sahaja pada masa itu. Pada tahun 1939, Tun Abdul Razak dilantik menjadi pegawai dalam percubaan bagi Perkhidmatan Pentadbiran Melayu. Seterusnya pada 31 Mei 1940, beliau menamatkan pengajian di Maktab Kuala Kangsar. Beliau telah menerima biasiswa yang membolehkan beliau mengambil kursus selama tiga tahun dalam bidang ekonomi, undang-undang dan sejarah di Raffles College.

Pengajian Tinggi

Raffles College ialah sebuah pusat pengajian tinggi yang telah ditubuhkan di Singapura untuk kursus diploma. Bersama-sama beliau di Kolej itu ialah Lee Kuan Yew (bekas Ketua Menteri Singapura) dan Ungku Aziz (kini profesor dan bekas Naib Canselor Universiti Malaya). Pengajian di Raffles College tergendala apabila Perang Dunia Kedua meletus dan setelah Jepun menakluk Singapura, kolej itu ditutup. Tun Abdul Razak tiada pilihan lain, lalu pulang ke Pahang. Tun Abdul Razak bersama-sama Ghazalie Shafie, sahabat lamanya mengusulkan satu cara gerila untuk menentang Jepun. Beliau juga menghubungi Angkatan 136, kumpulan gerila ynag menentang Jepun. Beliau menjadi Kapten bagi pasukan gerila itu yang mendapat bantuan pihak British.

Disebabkan peranan beliau yang aktif menentang Jepun, Tun Abdul Razak diberikan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan undang-undang di United Kingdom pada tahun 1947. Oleh sebab tidak pasti sama ada akan diterima belajar di Universiti London atau tidak, beliau telah menandatangani suatu perjanjian untuk memasuki Lincoln’s Inn of Court bagi mempelajari undang-undang. Kecekapannya terbukti lagi apabila beliau berjaya menamatkan pengajian undang-undang di Lincoln’s Inn, London hanya dalam tempoh lapan belas bulan.

Penglibatan Dalam Politik

Semasa di London, Tun Abdul Razak tidak mensia-siakan peluang yang diberikan kepadanya. Beliau menggunakan masa yang ada untuk mendalami bidang politik dan memupuk konsep hidup dengan pemikiran yang luas. Aktif dalam kegiatan-kegiatan pelajar, beliau menunjukkan kepimpinan dengan tertubuhnya Kesatuan Pelajar Melayu Pahang.

Bagi menyatukan kesemua pelajar di Great Britain dalam satu pertubuhan, beliau telah membantu pembentukan sebuah persatuan pelajar yang terbuka kepada pelajar-pelajar tanah Melayu daripada semua kaum. Ini bagi memastikan sikap kerjasama dan toleransi antara kaum perlu dalam wacana politik negara. Beliau juga dilantik sebagai Setiausaha Kesatuan Melayu Great Britain yang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman sebagai Yang Dipertua. Ini disebabkan kepimpinan yang ditonjolkan oleh beliau.

Sekembalinya ke tanahair, beliau berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Pahang sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan dan dua tahun kemudian beliau dilantik menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Kejayaan beliau dalam perkhidmatan awam ini selari dengan penglibatan beliau dalam perjuangan menuntut kemerdekaan.

Empat bulan selepas menganggotai UMNO, dunia dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO. Ini diikuti pula dengan perlantikannya sebagai Ahli Tidak Rasmi Majlis Undangan Persekutuan pada 1 Februari 1951. Dalam tahun 1951 apabila Tunku Abdul Rahman menjadi Yang Dipertua UMNO, beliau yang berumur 29 tahun dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua. Dari sini bermulalah satu percantuman tenaga yang bersejarah dan begitu gigih dalam perjuangan mencapai kemerdekaan dan seterusnya membina sebuah negara maju yang maju. Tun Abdul Razak juga menjawat jawatan Pemangku Menteri Besar Pahang selama beberapa bulan pada tahun 1955.

Sebagai orang nombor dua kepada Tunku, beliau turut membuat draf-draf untuk dimuatkan dalam Perlembagaan Tanah Melayu dan menyertai rombongan menuntut Kemerdekaan ke London pada tahun 1956. Setelah Kemerdekaan dicapai, waktu umur Tun 35 tahun bermulalah perkhidmatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri yang menjangkau lebih 13 tahun. Dalam tempoh ini beliau telah memegang beberapa portfolio, termasuk Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Sebagai Menteri Pelajaran Pelajaran yang pertama, beliau telah melahirkan Penyata Razak 1956 bertujuan menyatupadukan rakyat berbagai kaum. Dasar Pelajaran Kebangsaan yang berasaskan Penyata ini adalah mendukung bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Dengan menggunakan perantaraan Bahasa Kebangsaan dan kandungan pelajaran yang sama di semua sekolah, semangat perpaduan dan kerjasama di kalangan murid-murid dari berbagai kaum dapat disemai. Semangat dasar pelajaran inilah yang menjadi asas mewujudkan generasi muda yang sihat dan berpelajaran sebagai sumber tenaga pembangunan.

Konsep demokrasi Tun Razak berasaskan keseimbangan sosial dan ekonomi di mana semua rakyat dapat memainkan peranan dalam kemajuan negara. Pembangunan negara sangat besar ertinya sebab menurut beliau, benteng terbesar pertahanan kedaulatan negara bukan sahaja terletak pada pertahanan tetapi yang lebih penting ialah pembangunan.

Gerakan pembangunan luar bandar dipelopori oleh beliau dengan langkah pertama ialah merangka satu dasar pembangunan yang meliputi setiap aspek keperluan negara. Ini dikenali sebagai “Buku Merah” yang mencatitkan butir-butir rancangan setiap daerah termasuk segala kemajuan dan kegagalan rancangan-rancangan tersebut.

Tun telah berusaha dengan gigihnya untuk menjamin supaya pendapatan petani-petani setimpal dengan usaha-usaha mereka. Beliau telah membentuk berbagai agensi kerajaan untuk mencapai matlamat ini, dan yang paling berkesan ialah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan dan Negeri-negeri.

Kemajuan yang berlipat ganda jelas dari jumlah tanah yang dibuka, jenis-jenis tanaman yang diusahakan, bilangan murid-murid yang disekolahkan, berbagai perusahaan dan kemudahan-kemudahan bantuan kewangan dan teknik yang disediakan. Di waktu Tun jugalah melihat penyertaan orang-orang Melayu dan Bumiputra secara lebih pesat dalam perniagaan khasnya dengan penubuhan agensi-agensi seperti MARA, PERNAS dan lain-lain hasil dari cadangan-cadangan oleh Kongres-kongres Ekonomi Bumiputra yang diadakan. Pendek kata, segala bentuk pembangunan yang dirasakan oleh rakyat masa kini adalah sebahagian besarnya atas daya usaha dan kemahuan tegas dari Tun Abdul Razak.

Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan perkembangan politik yang bersejarah di Malaysia walaupun ianya disambut dengan tentangan hebat oleh pihak-pihak yang tertentu. Ketokohan Tun sebagai Menteri Pertahanan mendapat ujian. Akhirnya krisis dapat diselesaikan secara damai. Memang wajarlah Tun dikenali bukan sahaja Bapa Pembangunan tetapi juga sebagai Bapa Perdamaian.

Setelah pilihanraya Mei 1969, satu bencana perkauman telah meletus di Kuala Lumpur. Keadaan darurat telah diisytiharkan dan negara diperintah oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang diketuai oleh Tun Abdul Razak yang memerintah secara “decree”. Cinta Tun terhadap pemerintahan demokrasi berparlimen jelas terbukti kerana di saat-saat genting itu beliau masih berpendapat bahawa kuasa penuh tidak akan memberi perkhidmatan yang baik kepada rakyat. Sebagai Pengarah MAGERAN, Tun berjaya memulihkan keamanan, memupuk keharmonian dan muhibbah dan mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan. Hasil dari perbincangan-perbincangan dalam Majlis Perundingan Negara melahirkan Rukunegara, prinsip-prinsip yang menjadi kunci perdamaian antara kaum dan bertujuan mencapai kemajuan bangsa dan negara.

Perlantikan Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri pada 22 September 1970 terlebih dahulu disusuli oleh pengalaman lebih daripada 20 tahun sebagai ahli UMNO, 19 tahun selaku Timbalan Presiden UMNO, 15 tahun menjadi Menteri di berbagai Kementerian dan selama 21 bulan sebagai Pengarah MAGERAN. Rancangannya sebagai Perdana Menteri jelas dari kata-katanya “Tiga Belas Tahun Merdeka, jika diibaratkan sebuah rumah, kita telah mendirikan rangka, tiang, atap dan lantai. Sekarang kita mestilah mengadakan dinding dan perkakas-perkakas yang lain supaya rumah itu dapat menurut bentuk dan rupa yang kita benar-benar kehendaki”.

Pada pertengahan tahun 1970, Dasar Ekonomi Baru yang begitu bermakna telah dilancarkan oleh Tun. Implikasi Dasar ini terletak pada matlamatnya yang berbentuk seramapang dua mata – menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat untuk menghapuskan pengenalan kaum melalui kegiatan ekonomi. Penjelmaan Dasar Ekonomi Baru dan Rukunegara ti tengah-tengah rakyat berikutan dengan Peristiwa 13 Mei telah memberi satu dorongan dan semangat baru kepada rakyat untuk maju setapak lagi ke depan dalam perjuangan mereka ke arah memupuk kestabilan politik, ekonomi dan sosial.

Dengan beberapa kejayaan ini, Tun berusaha bagi memperkukuhkan UMNO selepas kegiatan politik dipulihkan pada tahun 1971. Waktu beliau menjadi Presiden UMNO, Ibu Pejabat UMNO menubuhkan beberapa Biro di peringkat pusat wujud ke hari ini. Bagi memupuk kerjasama dalam politik bergabung di bawah satu bumbung. Pembentukan Barisan Nasional pada tahun 1974 adalah langkah yang konkrit ke arah kerjasama tersebut. Niat Tun sungguh murni kerana jarang sekali sebuah parti pemerintah yang besar mahu bekerjasama dengan parti-parti pembangkang. Dengan pembentukan Barisan Nasional, Tun berjaya menukarkan politik konfrantasi di negara ini kepada politik akomodasi.

Ketokohan Tun Abdul Razak tidak terbatas kepada soal-soal dalam negara sahaja. Tun sedar akan kepentingan membentuk satu dasar luar yang berkesan untuk menjamin keselamatan negara dan rantau Asia Tenggara. Dalam masa yang singkat, Tun meletakkan asas-asas bagi dasar luar Malaysia yang bebas dan aktif, bertujuan menjalin persahabatan dengan semua negara-negara yang menghormati serta ingin bersahabat dengan Malaysia tanpa mengira ideologi politik atau sistem sosial mereka.

Hasil dari daya pemikiran Tun, dasar pengecualian Asia Tenggara telah dilahirkan pada tahun 1971. Dasar ini menekankan rantau ini perlu dijadikan kawasan aman, bebas dan berkecuali. Tun juga telah merintis jalan mengadakan dasar yang lebih realistik terhadap Republic Rakyat China. Pada bulan Mei 1974, Tun telah mengambil inisiatif untuk mengadakan lawatan rasmi ke negara yang berkenaan bertujuan menjalin perhubungan diplomatik dengannya. Langkah ini membawa implikasi politik yang penting dalam hubungan antara kedua negara dan serantau.

Dalam tahun 1971 yang bersejarah itu juga, dasar kebudayaan nasional telah diperkenalkan oleh Tun. Kebudayaan ini adalah berteraskan unsur-unsur tempatan rantau ini, Islam dan unsur-unsur yang sesuai dari kebudayaan-kebudayaan lain. Tun juga seorang yang menyanjung tinggi kegiatan-kegiatan sastera dengan mewujudkan Hadiah Sastera untuk karya-karya yang bermutu. Dalam bidang agama, beliau meneruskan usaha-usaha Tunku bagi memesatkan lagi perkembangan Islam dan orang yang bertanggungjawab meluluskan peruntukan-peruntukan yang besar bagi pembinaan masjid-masjid dan surau-surau di seluruh negara sebagai tempat amal ibadat orang-orang Islam.

Tun Abdul Razak adalah seorang “innovator” yang dinamis bukan sahaja dalam hal-hal pembangunan negara tetapi juga di peringkat antarabangsa. Perdana Menteri kedua Malaysia ini telah merancang pelbagai pembaharun dan menggubal dasar baru dalam mentadbir dan membangunkan negara. Di sebalik perwatakannya yang lemah lembut dan pendiam itu, beliau merupakan seorang pemimpin yang gigih yang tidak kenal erti kegagalan dalam usaha-usaha beliau untuk mengubah corak kehidupan rakyat luar bandar khasnya. Dengan penglibatan dan sumbangan-sumbangannya Malaysia kini bukan sahaja dikenali tetapi bangga akan kejayaan-kejayaan dan kedudukannya dalam kalangan negara-negara yang maju. Tun Abdul Razak telah mencurahkan tenaga dan seluruh hidupnya kepada perjuangan menegakkan kedaulatan negara, kesejahteraan rakyat dan keamanan. Jasanya tidak ternilai dan budinya terhadap negara tidak terbalas.

Tun Abdul Razak telah pulang ke rahmatullah ketika usianya menjelang 54 tahun, di London pada 14 Januari 1976.