Sikap PH Tangani Isu Membimbangkan

Kebebasan bersuara, dan berdemonstrasi memang dibenarkan oleh undang-undang negara. Rakyat diberikan hak untuk melakukannya. Ianya sesuai dengan amalan demokrasi dalam negara ini.

Bagaimanapun, sebagai rakyat ia bukan bermakna, kita boleh melakukan apa saja apatah lagi melanggar undang- undang yang ada. Undang undang mesti dihormati serta dipatuhi.

Lebih membimbangkan ialah sikap pimpinan Kerajaan PH. Saya ingin bertanya kepada Menteri dan Timbalan Menteri Pendidikan. Apakah sebenarnya nilai yang Kerajaan PH ingin tanam di kalangan pelajar dan mahasiswa di negara ini?

Apakah sikap biadap, tidak menghormati majlis, tidak sopan, adalah nilai yang ingin dibina pada pelajar dan mahasiswa?

Saya melihat Kerajaan PH tidak bijak menyelesaikan isu ini. Nampaknya, kepentingan politik didahulukan apabila berhadapan dengan isu ini. Kalau ini berterusan Institusi pendidikan negara akan terus dihina.

YB DATO DR SHAMSUL ANUAR NASARAH
Ketua Penerangan UMNO Malaysia


Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *