Kerajaan Wajib Bela Nasib Peneroka, Pekebun Kecil

Hari ini saya bersama warga Peneroka dan Pekebun Kecil getah yang memprotes terhadap kegagalan kerajaan PH membela nasib mereka yang terhimpit akibat kejatuhan harga kelapa sawit dan getah.

Lebih membimbangkan apabila terdapat ancaman dari India untuk memboikot minyak sawit Malaysia yang pastinya akan menyebabkan harga sawit terus menjunam. Namun hingga kini tidak jelas perancangan kerajaan untuk menghadapi tindakan boikot ini.

Oleh itu mereka mendesak kerajaan:

i) Membentangkan dan memaklumkan kepada umum berkaitan pelan strategik pengukuhan sawit, pasaran dan eksport harga sawit.

ii) Menyatakan langkah-langkah segera dan pengurusan krisis jika sekiranya negara India mengambil langkah mengurangkan atau memberhentikan import
sawit dari Malaysia.

iii) Menyediakan peruntukan khusus bagi membantu meringankan beban Pekebun Kecil dan Peneroka Felda sekiranya harga minyak sawit terus jatuh sehingga aras terendah.

iv) Memastikan agar inisiatif tanam semula sawit diberikan semula kepada para pekebun kecil menerusi RISDA dan MPOB.

v) Mendesak untuk kerajaan memulihkan hubungan diplomasi antara Malaysia dengan Negara-Negara pengimport sawit.

Kerajaan PH tidak boleh berdiam diri dan hanya berpeluk tubuh lagi.

Kesengsaraan Pekebun Kecil dan Peneroka adalah benar!

Kerajaan PH perlu bertanggungjawab atas kesengsaraan yang telah lama mereka hadapi ini sejak kerajaan PH mengambil alih pentadbiran. Bukan membiarkan mereka dalam kesusahan dan kemiskinan yakni hanya memperoleh pendapatan RM300 sebulan daripada RM1500 – RM2000 semasa pentadbiran kerajaan Barisan Nasional.

#bubarparlimen

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Naib Presiden UMNO


Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.