Umno sebuah parti nasional, kata Zahid Hamidi

UMNO ialah parti nasional dan untuk semua rakyat Malaysia dan bukannya hanya bagi bangsa Melayu, kata presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, ini kerana ia memperjuangkan hak semua rakyat, termasuk Sabah.

“Keputusan menubuhkan Umno Sabah bukan untuk memecahbelahkan parti negeri ini tetapi menyatukan semua rakyat di bawah satu perjuangan, katanya di Kota Kinabalu, Ahad lalu.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, rakyat Sabah sendiri yang mahukan Umno menubuhkan cawangan di sana dan ia presiden Usno ketika itu, Mustapha Harun mahukan Malaysia Barat dan Timur bergerak seiring.

“Umno pada mulanya tidak mahu tetapi rakyat Sabah sendiri yang menjemputnya. Mereka mahu Umno memajukan negeri itu,” katanya.