Permit Kempen: Akhirnya Kerajaan PH Sekali Lagi Tunduk Desakan Pembangkang

Sekali lagi kerajaan PH tunduk kepada blok pembangkang apabila peguam negara mengeluarkan kenyataan bahawa kempen rumah ke rumah tidak memerlukan permit.

Sebelum itu Pengerusi SPR telah mengeluarkan peraturan baru dengan mensyaratkan kempen rumah ke rumah memerlukan permit malah walkabout pun perlu memberikan maklumat detail mengenai jangkamasa dan lain-lain.

Saya bersama blok pembangkang parlimen Malaysia yang terdiri dari BN dan PAS serta disokong oleh GPS (Sarawak) telah membuat kenyataan media menentang dan menolak peraturan tersebut yang jelas bertentangan dengan Akta Pilihan Raya 1958 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Namun Pengerusi SPR masih berdolak dalih dengan menolak tanggung jawab tersebut kepada PDRM sedangkan kita semua maklum bahawa sewaktu pilihan raya, peraturan perjalanan pilihan raya ditentukan oleh SPR berdasarkan 2 Akta tadi dan tanggungjawab PDRM menguatkuasakan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh SPR.

Blok pembangkang mengemukakan usul di dalam dewan rakyat walaupun ditolak oleh Speaker di dalam kamar.

Namun peguam negara akhirnya menyekolahkan Pengerusi SPR dan Ketua Polis Johor bahawa tindakan mereka adalah salah dan menyalahi Akta Pilihan Raya dan Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Tindakan SPR benar-benar menjejaskan kredibiliti SPR sebagai badan bebas di dalam mengendalikan pilihanraya.

Tindakan SPR benar-benar telah mengganggu perjalanan pilihan raya kerana peraturan baru tersebut telah mengelirukan dan menyukarkan petugas-petugas pilihan raya malah ramai yang telah memberhentikan tugas kerana takut dengan arahan peraturan baru tersebut.

Nasib baik lah blok pembangkang cepat bertindak.

Ini bermakna rakyat perlukan pembangkang yang kuat di parlimen supaya kerajaan tidak boleh membuat keputusan sesuka hati yang menyusahkan rakyat.

Oleh itu pengundi Tanjung Piai perlu memberikan isyarat yang jelas kepada kerajaan PH dengan memastikan kemenangan calon BN Dr. Wee Jeck Seng.

UNDI LAH CALON BN!
UNDI LAH DR WEE JECK SENG!

#PRKTgPiai
#TolakPH
#UndiBN
#CalonBN02
#bubarparlimen

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Naib Presiden UMNO

15 November 2019


Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.