Bandar Malaysia, U-turn Kerajaan Hipokrit PH

BANDAR MALAYSIA

Entahlah terlalu banyak sangat U-turn Kerajaan PH ni.

Apapun inilah kerajaan paling ‘hipokrit’ yang rakyat Malaysia miliki.

Dulu mereka mengkritik Projek Bandar Malaysia. Menuduh projek ini menggadaikan Malaysia kepada China. Segala fakta diputar-belit.

Bila Barisan Nasional (BN) menerangkan bahawa projek ini sangat bernilai kepada Malaysia. Mereka termasuk Tun Mahathir menuduh Najib Razak berbohong.

Sepatutnya, kalau PH bermaruah dan berprinsip kenapa tidak membatalkan sahaja projek ini? Batalkanlah kalau Bandar Malaysia projek yang menggadai Malaysia kepada China. Kenapa diteruskan?

Dan kini segalanya bertukar. Mereka tanpa rasa malu atau bersalah mengeluarkan kenyataan bahawa projek ini sangat baik untuk negara dan bakal membawa keuntungan besar kepada Malaysia.

Pimpinan Kerajaan PH jangan ingat boleh memperbodohkan rakyat lagi. Saya yakin rakyat boleh menilai.

Mesti diingat apapun Projek Bandar Malaysia adalah hasil idea Najib Razak dan ini diilhamkan oleh Kerajaan BN bukan Kerajaan PH.

Saya harap rakyat Malaysia memahami. Pimpinan Kerajaan PH adalah terdiri daripada mereka yang pembohong, dan pemutar-belit. Dulu cakap lain sekarang cakap lain… Semuanya kerana inginkan kuasa.

Bila sudah berkuasa, sikap menipu dan putar-belit terus menjadi amalan mereka. Fitnah terus menjadi senjata mereka.

YB DATO DR SHAMSUL. ANUAR HJ NASARAH
Ketua Penerangan UMNO Malaysia


Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.