Kembalikan Polisi Pinjaman Penuh PTPTN Buat Pelajar IPT

PERGERAKAN Pemuda UMNO Malaysia menggesa agar pihak Kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk menyemak semula polisi pemberian pinjaman PTPN secara berkadar kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi mengikut pendapatan isi rumah keluarga, kepada pinjaman penuh 100% merangkumi yuran pengajian dan sara hidup.

2. Kerajaan PH yang lalu telah menamatkan amalan pemberian pinjaman penuh ini dengan alasan kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan yang teruk.

3. Bagi Pemuda UMNO, keputusan terdahulu oleh PH dibuat dengan tergesa-gesa, separuh masak dan tidak mengambil kira keupayaan sebenar rakyat yang selama ini mendapat banyak manfaat daripada polisi pinjaman PTPTN di zaman Kerajaan BN.

4. Sebagai contoh, polisi PTPTN zaman PH memerintah langsung tidak memperkirakan bilangan anak yang sedang mengikuti pengajian di pelbagai IPT, walaupun pendapatan isi rumah telah melangkaui tahap kategori M40.

5. Turut dibangkitkan dalam formulasi dasar pinjaman PTPTN oleh Kerajaan adalah jumlah hutang PTPTN yang dikatakan mencecah RM40 billion setakat Mei 2019. Namun begitu, polisi menggalakkan pembayaran balik pinjaman oleh graduan-graduan sentiasa diperkemas dan ditingkatkan pada era pentadbiran Barisan Nasional (BN) termasuklah penglibatan agensi-agensi Kerajaan yang lain seperti Jabatan Imigresen, LHDN, KWSP dan lain-lain sehingga mencatatkan peningkatan kutipan.

6. Pemuda UMNO berpendapat polisi pinjaman PTPTN zaman PH harus segera ditamatkan dan dikembalikan pemberian pinjaman penuh 100% lebih-lebih lagi dalam keadaan rakyat bertambah susah lantaran terkesan dengan kegersangan ekonomi akibat penularan wabak Covid-19.

7. Justeru, Pemuda UMNO sekali lagi berharap pihak Kerajaan khususnya YAB Perdana Menteri dapat mempertimbangkan gesaan ini bagi meringankan beban rakyat terutamanya puluhan ribu pelajar yang sedang dan bakal melanjutkan pengajian di peringkat tertinggi, yang sekaligus mampu memberikan pulangan pelaburan jangka panjang modal insan negara masa depan.

Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Reinstate PTPTN full loan scheme to IPT students

PERGERAKAN Pemuda urges the Government through the Ministry of Higher Education (MOHE) to review PTPN loan policy for students of Higher Education Institutions.
2. The previous PH government has terminated this practice of full lending on the grounds of the Federal Government’s poor financial position.
3. For UMNO Youth, the previous decision by PH was made in a hurry, half-cooked and did not take into account the real ability of the people who have been benefiting from the PTPTN loan policy during the BN Government.
4. For example, the PTPTN policy of the PH era did not even estimate the number of students at various IPTs, even though household income has exceeded the M40 category level.
5. Also raised in the PTPTN loan policy formulation by the Government is the total PTPTN debt which is said to have reached RM40 billion as of May 2019. However, the policy to encourage loan repayment by graduates is always streamlined and enhanced in the Barisan Nasional (BN) administration era, including the involvement of other government agencies such as the Immigration Department, IRB, EPF and others.
6. UMNO Youth is of the opinion that the PTPTN loan policy during the PH era should be terminated immediately and a 100% full loan should be reinstated, especially in a situation where the people are increasingly facing difficulty because they are affected by the economic downturn due to the Covid-19 epidemic.
7. Therefore, UMNO Youth once again hopes that the Government, especially the Prime Minister, can consider this call to ease the burden of the people, especially tens of thousands of students who are and will continue their studies at the highest level, which at the same time can provide long-term return on investment of human capital in the future.

Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia