Selamat Menyambut Ulang Tahun Pertama Muafakat Nasional – Ahmad Zahid

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan seluruh ahli mengucapkan selamat menyambut ulang tahun pertama tertubuhnya Muafakat Nasional kepada semua pendukung agenda penyatuan ummah.

“Sempena ulang tahun pertama Penyatuan Ummah, saya dan keluarga besar UMNO mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun MUAFAKAT NASIONAL kepada seluruh pimpinan dan ahli PAS serta ummah di Malaysia keseluruhannya,” ujarnya.

Untuk rekod, detik 14 Sept tahun lalu menjadi satu sejarah buat tanah air apabila UMNO dan PAS menandatangani Piagam Muafakat Nasional, yang disaksikan ratusan ribu rakyat membanjiri Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, tidak termasuk yang menyaksikan secara langsung di saluran media sosial.

Piagam berkenaan ditandatangani oleh Ahmad Zahid dan PAS pula diwakili oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sejurus selesai ucapan kedua-dua presiden parti terbesar orang Melayu/Islam berkenaan yang membawa agenda penyatuan ummah bagi mensejahterakan Malaysia yang majmuk.

Antara komitmen Piagam Muafakat Nasional adalah seperti menjunjung dan mempertahankan keluhuran Perlembagaan Persekutuan, yang menjamin pembentukan Negara, Islam sebagai Agama Persekutuan, Kedaulatan Raja-Raja Melayu, Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera serta kepentingan sah kaum-kaum lain, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan serta Menjamin Kepentingan Masyarakat Majmuk Terpelihara.

Begitu juga mengikhtiarkan secara kolektif satu citra dan tawaran baru untuk negara dalam meningkatkan tadbir urus yang baik, dasar pembangunan yang inklusif dan sejahtera serta pengagihan yang menyuburkan keadilan sosial merentasi batas warna kulit dan anutan.

Happy First MN Anniversary – Zahid

UMNO PRESIDENT, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi wishes Umno and Pas members happy first anniversary of Muafakat Nasional.
“In conjunction with the first anniversary of the Muafakat Nasional, I and my big Umno family wish Happy MUAFAKAT NASIONAL day to all PAS leaders and members as well as the ummah in Malaysia as a whole,” he said.
For the record, Sept 14 last year marked a history for the country when Umno and PAS signed the MN Charter, which saw hundreds of thousands of people thronged the Putra World Trade Center (PWTC) and ‘live’ on social media.
The Charter was signed by Ahmad Zahid and PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang. It symbolises unity of two largest Muslim/Malay parties in the country.